Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 4 May 2018

Politik : Puji Singapura Beri Bantuan Tunai & Naikkan GST 9%, Tapi BR1M Dedak & Mahu Hapuskan GST

Puji Singapura Beri Bantuan Tunai & Naikkan GST 9%, Tapi BR1M Dedak & Mahu Hapuskan GST
“Bayangkanlah Singapura di dalam sebuah pulau tidak memiliki sumber alam dan boleh maju. Rakyat Singapura tidak kisah membayar GST kerana ianya penting bagi pertumbuhan ekonomi mereka ke peringkat lebih tinggi. Di mana Malaysia melaksanakan GST untuk tujuan apa? Rasuah? Salah gunakan duit rakyat?”
Itu pendapat seorang pengguna media sosial pro pembangkang, Sonny Boey, yang meninggalkan komen pada status Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Teresa Kok, semalam.
Sikap dwi standard ini tidaklah begitu memeranjatkan berikutan sikap sama dipamerkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memuji dasar-dasar ekonomi luar negara tetapi mengkritik pelaksanaan dasar sama di Malaysia.
Contoh jelas adalah Teresa Kok sendiri.
DAP Salah Serang, Rupa-Rupanya Teresa Kok Salah Seorang Pembeli Kondo Mewah
Teresa Kok menerusi status yang dikomen oleh Boey menulis: “Kan bagus kalau rakyat Malaysia boleh terima Ang Pow sebegini daripada kerajaan” dan memuat naik pautan portal berita melaporkan kerajaan Singapura memberikan penyerahan tunai sehingga SGD300 (RM890) kepada rakyatnya yang layak.
The Malaysian Insight melaporkan, rakyat Singapura yang berpendapatan di bawah SGD28,000 (RM83,000) akan mendapat SGD300; rakyat berpendapatan SGD28,001 hingga SGD100,000 akan mendapat SGD200 dan SGD100 bagi rakyat Singapura berpendapatan tahunan melebihi SGD100,000.
Sikap mengidolakan dasar Singapura ini merupakan perangai tipikal pakatan pembangkang di mana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sudah lama dilaksanakan di Malaysia dianggap sebagai rasuah atau lebih biasa didedangari dari mulut pemimpin pembangkang, ‘dedak’.
BR1M Adalah Ilham Bank Negara Malaysia
BR1M mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 yang dengan mengagihkan wang tunai RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Tujuh tahun dilaksanakan, BR1M dikembangkan lagi di mana kepada golongan belia dan penerima di bawah program E-kasih.
Isi keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima RM1,200, isi keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM900 dan RM450 kepada golongan belia berpendapatan RM2,000 ke bawah.
Berbalik kepada pujian Teresa Kok terhadap pemberian tunai oleh kerajaan Singapura, perlu ditekankan bahawa pengumuman agihan tunai itu dibuat semasa pembentangan bajet negara berkenaan yang turut mengumumkan akan menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatannya (GST) sehingga 9%.
“Kalau macam tu, Teresa Kok sepatutnya menyokong cukai kenderaan yang tertinggi di dunia, cukai petrol tinggi, tol dan caj lebuhraya yang mahal, bil hospital kerajaan yang tinggi (berbanding RM1 seperti di Malaysia), GST 9% tanpa pengecualian, dividen KWSP cuma 2% setahun dan mengembalikan ISA (Singapura masih mengekalkannya) dan melarang semua bentuk himpunan tunjuk perasaan politik,” tulis penganalisis politik Lim Sian See.
“Jangan main suka-suka pilih sahaja, Teresa.”

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...