Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 May 2018

Politik - KEBEBASAN BERSUARA: RAKYAT AKAN RINDUKAN PEMERINTAHAN NAJIB

TAK sampai 24 jam selepas mengangkat sumpah, sudah tersebar amaran dari orang-orang parti bunga  untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menghina, memfitnah, mencaci, tohmah, bla bla, kepimpinan yang baru mengambil alih.
Sementara penulis bersetuju dengan tindakan ke atas sesiapa buat fitnah dan tohmah tu tapi dibaca keseluruhan, dah nampak macam membawa maksud kepimpinan yang “baru” ini masih lagi tidak boleh dikritik seperti dulu. Tak tahu pasal orang lain, tapi bagi penulis sendiri rasa macam itu. Contohnya seperti caci (kutuk), itupun nak ambik tindakan juga? Wah, ‘halus’nya hati.

Gambar Hiasan
Yang penting, benda-benda yang semacam inilah yang menambah kerinduan penulis terhadap pemerintahan Najib Tun Razak yang berakhir hanya 2 hari sudah.  Kebebasan bersuara pada waktu itu berada di tahap paling teratas di dunia.
Beliau dikritik, difitnah, dicaci hampir sepanjang hari dan masa tapi jarang sekali mengambil tindakan undang-undang melainkan bila dah keterlaluan.  Itupun banyak kes dimana beliau memaafkan pemfitnahnya begitu saja.
Tapi taklah sampai ke tahap memberikan amaran seperti ini kan.
Najib lebih banyak memberikan penjelasan demi penjelasan kepada rakyat.  Cuma masalahnya ramai yang tidak peduli apa yang dijelaskan sebaliknya lebih percaya kepada fitnah yang disebarkan.
Berdasarkan pengalaman, inilah yang dimaksudkan penyokong PAS dan PKR sebagai zaman gelap kepada kebebasan bersuara hujung-hujung dekad 90-an dulu sehingga ada yang dilabel sebagai diktator, mahafiraun dan sebagainya.  Mungkin sampai masanya untuk ucap selamat kembali ke zaman itu.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...