Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 May 2018

Politik : RAKYAT DAH BOLEHLAH MENUNTUT JANJI

KEMENANGAN PKR semalam membuktikan bahawa apa yang selalu dituduh bahawa BN memanipulasikan sistem pilihanraya sebagai tidak benar.  Sistem pilihanraya kita adalah telus dan kejayaan menumbangkan BN selepas 61 tahun, adalah buktinya.
Bagaimanapun bukan itu masalahnya sekarang, pilihanraya setiap 5 tahun sekali dan kalau BN boleh ditumbangkan, mereka juga boleh.  Jangan kata 5 tahun lagilah, yang sekarang pun masih belum nampak apa bentuk kabinet yang nak dibentuk, siapa dapat jawatan apa dan sebagainya tapi kita terima hakikat mereka menang dan ada cukup majoriti untuk bentuk kerajaan.
Apa yang penting sekarang ialah sejauh mana keupayaan mereka melaksanakan janji.  Dalam erti kata lain, rakyat sudah bolehlah menuntut segala janji bulan bintang yang dikatakan Pakatan sepanjang masa ini.  Harga barang turun, harga rumah turun, minyak turun, kos sara hidup turun, gaji meningkat dan sebagainya, ini semua dah boleh dituntut segera, sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 hari pertama.
Itu yang dipercaya sangat sehingga sanggup memilih orang tua berusia 93 tahun sebagai Perdana Menteri tu kan?  Jangan nanti bagi alasan tak boleh nak laksanakan sebab yang buat janji Pakatan Harapan tapi yang menang PKR sudahlah ya.
Yang terima BR1M tu dah bolehlah melupakannya sebab tidak masuk senarai 10 yang pertama.
Dalam masa yang sama, adakah ini akan menjadi seperti keputusan rakyat Britain untuk keluar dari EU dimana terbukti satu kesilapan?  Itu adalah persoalan yang menarik untuk diperhatikan.  Kembalinya Mahathir dan sekutu-sekutu rapatnya seperti Daim dan lain-lain dalam pentadbiran negara adalah satu perkara perkembangan yang sangat berbaloi dinantikan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...