(1) SAMAN FITNAH DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG – MAHKAMAH MENOLAK PEMBELAAN “KEBENARAN (TRUTH)” SARAWAK REPORT DAN PERMOHONAN DEFENDAN UNTUK MEMINDA PEMBELAAN
(2) MAHKAMAH MEMERINTAHKAN CLARE REWCASTLE-BROWN UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN SEBANYAK £41,400 (RM227,700.00) KEPADA DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Merujuk kepada sesi pendengaran yang berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi di London pada 30 April 2018, Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare Rewcastle-Brown (dengan erti kata lain, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan).
Sebagai tambahan, Clare Rewcastle-Brown juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan “kebenaran” beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan “kebenaran” nya.
Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh Defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru. Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.
Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.
Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM 227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan pada awal April 2019.
DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
No comments:
Post a Comment