Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 2 May 2018

Politik - Penipuan INVOKE: Penderma Gelap Daripada Israel Bagi Menipu Rakyat Malaysia

rafizi Penipuan INVOKE: Penderma Gelap Daripada Israel Bagi Menipu Rakyat Malaysia
Kerusi marginal dalam sesebuah Pilihan Raya merupakan kerusi yang dimenangi pemenang dengan majoriti yang kecil. Selalunya, kerusi tersebut menjadi mangsa sasaran parti politik kerana kemenangan kerusi itu boleh menolong parti untuk dijadikan kerajaan.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah apabila INVOKE memberi tumpuan berlebihan kepada kerusi-kerusi marginal.
Terdapat kira-kira 50 kerusi marginal di seluruh Malaysia, di mana mereka didefinasikan sebagai kerusi yang dimenangi pemenang pilihan raya lepas kurang daripada 56% kesemua undi sah.
Kini, Pakatan mempunyai 71 kerusi parlimen maka ini bermakna mereka harus memenangi 41 kerusi lagi untuk memerintah Malaysia.
rafizi Wakil DAP & PPBM Tidak Sertai Perjanjian Isytihar Harta INVOKE
Walaubagaimanapun, cara untuk menang bagi Pakatan tidak semestinya mengikuti undang-undang mahupun etika.
Kedatangan INVOKE ke dalam arena politik Malaysia sangatlah penting namun hanya untuk calon-calon Pakatan sahaja.
Dengan lebih daripda 20,000 sukarelawan di dalam skema Latihan PACA INVOKE, mereka telah dilatih untuk menipu dan menyusahkan pegawai tempat mengundi yang semunya merupakan pekerja awam.
Secara umumnya, sukarelawan-sukarelawan diajar oleh INVOKE untuk membatalkan (void) sebanyak mungkin undi yang sepatutnya sah jika undi itu diberikan kepadi pihak BN.
Ini akan dilakukan ketika proses kira undi dilaksanakan pada malam pilihan raya.
Rafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal SebulanRafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal Sebulan
Selain daripada itu, INVOKE juga telah berpuluh kali menipu rakyat Malaysia tentang asalnya sumber dana kepada INVOKE.
Di media sosial, Rafizi Ramli berkali-kali menyatakan bahawa kebanyakan dana yang dikutip INVOKE adalah dana daripada penderma awam.
Malah, dengan kos yang tinggi untuk menyara operasi INVOKE, Rafizi juga telah mengumumkan bahawa beliau telah menggunakan wangnya sendiri berjumlah RM800,000.
Agak musykil kenapa INVOKE tidak pernah menyatakan bahawa sebahagian besar dana dikutip mereka datangnya daripada institusi kewangan berasal di Israel, First International Bank of Israel (FIBI).
Rafizi Dicabar Jawab 5 Soalan Berkaitan Aliran Wang INVOKE
Menurut informasi sulit seorang pekerja INVOKE, Rafizi telah bekerjasama dengan Ella Golan, Naib Presiden FIBI dan ketua unit perbankan FIBI pada November 2017 untuk mendapatkan sumbangan untuk INVOKE.
Di bawah ialah perbicaraan antara Rafizi Ramli dengan Ella Golan daripada First International Bank of Israel mengenai pindahan wang sulit antara mereka berdua.
Sebelum ini, sumbangan Israel kepada INVOKE tidak pernah dikemukakan Rafizi oleh kerana sebab yang jelas.
Hal-hal yang berkait dengan Israel adalah pantang bagi orang Malaysia. Misalnya pada tahun 2014 ketika perang Israel-Gaza, rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk memboikot Starbucks dan McDonald’s kerana mempercayai bahawa dua syarikat ini berkaitan dengan Negara Israel.
Ramai penganut Islam di Malaysia sememangnya anti-Israel, dan pengetahuan itu telah memaksa INVOKE untuk menyembunyikan maklumat ketara tentang penderma Yahudi mereka.
invoke Rafizi Hendak Sekolahkan Siapa Sebenarnya Jika Beliau Sendiri Macam Tak Sekolah?
Motivasi Israel untuk berkecimpung dalam hal politik Malaysia adalah untuk mendapat manfaat daripada hal politik negara serta untuk mempengaruhi kerajaan Malaysia sekiranya Pakatan menjadi kerajaan.
Dengan membolehkan Israel campur tangan di dalam arena politik Malaysia, Rafizi dan INVOKE telah secara langsung menjual Malaysia kepada musuh Islam tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.
Sumber: My Nation News

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...