Selepas menggelar mangsa yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai ‘mati katak’, Mahathir cipta taktik murahan dengan memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya. Terbaru, dia tampil lagi dengan strategi murahan apabila mengunjungi pusara bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Nampak tak bagaimana dia cuba raih simpati selepas mengguris hati keluarga mangsa Memali. Dalam masa yang sama, Mahathir cuba tunjukkan kononnya dia sudah melupakan perseteruan antaranya dengan bekas presiden PAS itu.
Umum mengetahui, antara perseteruan politik yang paling di ingati adalah antara Mahathir dengan Allahyarham Fadzil. Boleh dikatakan kedua-duanya sering bertelagah pendapat ketika Allahyarham memgang jawatan tinggi dalam PAS.
Paling diingati adalah bagaimana Allahyarham mendoakan supaya umur Mahathir dipanjangkan supaya Mahathir sendiri dapat melihat kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Nah, kali ini Mahathir cuba bermain psikologi sekali lagi. Apa saja dia sanggup buat sekarang ni sebab terdesak!
No comments:
Post a Comment