Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 25 July 2018

5,362 permohonan nikah bawah umur dalam 5 tahun

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merekodkan 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam di seluruh negara sejak Januari 2013 hingga Disember tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 440 permohonan direkodkan di Johor dan 389 lagi di Kedah.
"Sarawak merekodkan permohonan tertinggi iaitu 918, Kelantan (793), Negeri Sembilan (155), Pahang (354), Perak (266) dan 91 di Melaka.
"Sabah pula merekodkan sebanyak 793 permohonan, Selangor (385), Terengganu (407) dan Wilayah Persekutuan (178)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan P Kasthuriraani (PH-DAP Batu Kawan) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati seramai 212 kanak-kanak bukan Islam berkahwin dengan golongan dewasa sepanjang tahun lalu.
Kata beliau, daripada jumlah itu, dua kanak-kanak berumur 13 tahun, enam daripada mereka berusia 14 tahun dan sembilan lagi berumur 14 tahun.
"Sembilan kanak-kanak lagi berusia 15 tahun, 58 berumur 16 tahun dan 137 lagi dalam lingkungan umur 17 tahun.
"Dari segi pecahan, Sarawak mendahului negeri lain diikuti Johor, Selangor, Perak , Kuala lumpur dan Sabah," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, data KDN turut mendapati seramai 147 kanak-kanak lelaki dan perempuan bukan Islam berkahwin dengan pasangan bawah umur pada tahun 2017.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 82 kanak-kanak adalah berumur 17 tahun, 43 berumur 16 tahun, 15 berumur 15 tahun, enam lagi dalam lingkungan umur 14 tahun dan hanya seorang berusia 13 tahun.
"Jika dipecahkan mengikut negeri, Sarawak turut merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 32 kanak-kanak, 12 di Johor, 10 lagi di Perak , Selangor (tujuh), lima di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta masing-masing empat di Kedah dan Negeri Sembilan.
"Putrajaya dan Melaka pula hanya masing-masing merekodkan tiga kanak-kanak manakala Pahang dan Sabah pula tiada kanak-kanak yang berkahwin dengan pasangan bawah umur," katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...