CERITA SAYA BERJUMPA KELUARGA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6
Ayat pertama Dato Seri Najib kepada I “haa you are the popular Anina”. I malu kerana I popular sebab I lawan PM.
Dato Seri Najib kata kat I “ saya sudah buat yang terbaik dan segalanya untuk rakyat. Tapi rakyat buang saya. Saya tak boleh berikan harga minyak RM 1.50 kerana harga sekarang RM 2.20 itupun kerajaan dah banyak bayarkan subsidi. Anina tau tak berapa kerajaan bayar subsidi minyak untuk setiap bulan?”
I jawab “saya tidak tahu Dato Seri”. Dato Seri sambung, “kerajaan belanja RM 600 juta sebulan untuk subsidi minyak. Anina tahu tak duit sebanyak itu saya boleh bantu rakyat terutama orang Melayu dengan pelbagai cara lain. Takkan semua saya nak ceritakan pada umum”.
“Hampir 180 buah negara di dunia ada GST. Malaysia berikan pengecualian untuk 4000 barangan yang mana tiada negara lain buat di dunia ini. Sekarang saya risau apa nasib orang Melayu apabila Lim Guan Eng jaga Kementerian Kewangan. Apa akan jadi kepada anak bangsa kita?”.
I renung wajah Dato Seri Najib dan meneliti setiap gerak bicaranya. Jarak I dengan nya hanya lebih kurang 3 kaki. Perbualan berlarutan dan I sempat berjabat salam dengan semua ahli keluarganya.
I seperti tidak percaya, anak-anak yang dikatakan multi billionnnaire ini bersalam dengan I sambil merendahkan badan sebagai tanda hormat pada sesama insan dengan riak wajah senyum seperti langsung tiada dendam kesumat walaupun mereka tahu I lah wanita yang memusuhi ayahanda mereka.
Anda akan terkejut jika mengetahui Ashman Najib tidak tahu memandu kereta. Dia anak yang taat kepada ibu bapa dan meninati muzik. Riza Aziz itu seperti rakan-rakan yang kita temui di kedai mamak. I tidak mengenali beliau pada mulanya. Apabila diberitahu, I terlopong antara percaya atau tidak. Beza sungguh cerita di media sosial dengan hakikat sebenar. Cuma Gina yang belum I temui kerana berada di luar negara.
Datin Seri Rosmah, hahaha I tahu ini yang anda mahu dengar. I sedang berpuasa dan tidak perlu jual iman untuk cerita hayalan.
Jumpa I terus dia rapatkan badannya dan I peluk insan yang di label “wanita puaka” itu. Tiada secalit bedak tapi sememangnya dia miliki kecantikan tersendiri kerana matanya. I cerita lebih nanti korang cakap I dapat hermes birkin pulak. Cai PH ni otak hancur lebur kena steamroll.
Suara dia memang tak lemah lembut tapi orang Kedah seperti I tahu lah menilai. Macam mak tiri je bercakap tapi cerita pasal kanak2 permata, dia menangis sedu sedan. I nak pi peluk pujuk bimbang dia tolak i jatuh kerusi sebab mak i pun tak suka orang peluk kalau dia nangis.
Rupanya mereka sangat rapat dengan budak-budak sekolah Tahfiz. Rumah tersebut memang dah terlalu biasa diimarahkan dengan Quran setiap minggu. Berbeza lah dengan cerita tahyul konon ada kuil Hindu dalam rumah. Pooodahh. Korang ni kuat makan taik kuda!
“Eh Nina, I lenguh. I lunjur kaki kat u boleh aar?”, hahaha i tak jawab apa sebab I tau dia bukan minta kebenaran, dia cuma beritahu. Korang tau tak rasa macan bersembang dengan mak kat bilik? Ha macam tu lah. Dia bukan lemah lembut, tapi dia penuh kasih sayang. Aishh, I cerita lebih2 nanti ada yang nak muntah hijau lah, nak terberanak lah. Baik I stop.
Jangan termakan hasutan kerana ia meracun diri. I hanya mampu menulis tetapi hati anda ada di dalam diri anda. Terserah anda kerana nasi juga sudah menjadi bubur.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
No comments:
Post a Comment