DATO SERI NAJIB SIHAT DAN CEKAL UNTUK BERHADAPAN UJIAN DAN DUGAAN DI HADAPANNYA.
Dato Seri Najib jalani pemeriksaan rutin kesihatan di kediamannya. Dato Seri sihat, tetapi beliau sentiasa mahu pastikan kesihatannya sentiasa ditahap yang baik kerana bulan Ramadhan ini kita di uji Allah untuk melihat sesabaran dan keimanan kita.
Malah Dato Seri Najib juga percaya beliau akan berhadapan dengan pelbagai lagi ujian dan cabaran yang akan menduga beliau dan keluarga.
Dato Seri, tidak pernah saya minta walau satu sen dari Dato Seri dan Allah tahu perkara yang sebenar. Namun, walau tanpa kuasa dan ditindas oleh yang berkuasa di dalam kerajaan, saya akan berdiri untuk Dato Seri walau terpaksa bergolok dan bergadai.
Walaupun Dato Seri maafkan segala kesalahan saya sebelum saya sempat memohon maaf, izinkan saya menebus segala kekesalan di lubuk jiwa saya kerana hanya Allah yang tahu bagaimana derita yang saya tanggung di jiwa saya pada saat runtuhnya kerajaan bertunggakkan Melayu pada malam 9 Mei 2018.
Walau apa yang dilakukan oleh pemerintah yang berdendam kesumat, saya tidak akan berganjak walau seinci. Biar dicincang tubuh saya, saya tidak akan memaafkan diri saya sehingga kerajaan Melayu ditegakkan kembali di Tanah Melayu.
Biar saya mati dalam sengsara, dari saya hidup melutut kepada pengkhianat bangsa. Biar saya dimaki, dihina dan dicerca, ianya tidak sehina bangsa kita yang hilang kuasa di tanah sendiri.
Tiada apa lagi yang ada pada jantung saya selain mahu melihat fitnah dan penganiayaan berlandaskan dendam kesumat ini hancur dengan kuasa Allah. Namun, saya percaya, Allah tidak akan berikan apa yang kita mahukan dengan cara yang mudah. Ia tidak semudah mengangkat tangan memohon dariNya kerana perjuangan agama, bangsa dan negara itu ganjarannya tiada taranya.
Saya menolak untuk dibantu oleh sesiapa pada hari ini kerana saya mahu rasai kemanisan sebuah penyerahan jiwa kepada bangsa dengan semangat pengorbanan supaya mudah-mudahan taubat dan penyesalan saya diterima olehNya.
Seribu askar tidak akan dapat melawan satu jiwa yang berserah tulus pada Ilahi.
Saya juga menolak sebarang jawatan parti politik baik dalam UMNO atau mana-mata parti kerana saya tidak sepatutnya menerima kedudukan untuk menebus dosa kepada bangsa.
Dengan tulang 4 kerat, dengan harta yang tingal pada saya, dengan akal dan semangat yang Allah pinjamkan kepada saya, saya akan perjuangkan janji saya pada Allah untuk membela insan yang saya aniayai dan bangsa yang saya khianati.
Allah pelihara kita semua, umat Melayu di Tanah Melayu. Saya mengharapkan saudara-saudara sebagsa saya dalam UMNO menyelami semangat Dato Seri Najib ini dan saya mulakan dengan pengorbanan diri saya sendiri. Yang tua dan tidak boleh membantu letaklah jawatan, berikan peluang kepada anak muda yang terpelajar dan berkarisma untuk sertai UMNO. Yang kaya usah membeli sokongan, sumbanglah wang tersebut untuk perjuangan UMNO. Hapuskan blok dan kem serta kikislah peranagi syok sendiri yang mahu lekat calon dan pegang kawatan dengan meminta-minta. Berikan sokongan padu kepada DS Zahid Hamidi dan DS Hishamuddin Tun Hissin untuk memangku kepimpinan tertinggi UMNO.
Buang dan ketepikan langauvdan parasit yang sedang menganga cuba melahap darj air yang keruh. Wang tidak akan selesaikan semua masalah kita, melainkan sifat satu padu antara kita.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
No comments:
Post a Comment