Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'
Printscreen dari facebook saya
Alhamdulillah, amin. Genap 36 tahun sudah umur saya tahun ini...
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, amin. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir kepada saya kali ke 36 tahun.
Pada tarikh yang istimewa ini, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang tercinta Umi Kalthum Bt. Ismail kerana telah selamat melahirkan saya pada 36 tahun yang lepas. Alhamdulillah, amin. Terima kasih, mak ! dan Terima kasih, abah !
Terima kasih juga kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff, anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl). Alhamdulillah, amin usia perkahwinan kami telah mencecah usia 9 tahun kini.
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada, Paman Amirmimbar Amirmimbar (pakcik, Adik Abah) dan Isterinya Bik Nusida Omar (makcik), Servis Plumber Teluk Intan, Idris Basri, Rohayah Abu Kassim, (Dee Ya Services Enterprise), Zulkefli Mohd Isa, Rafizah Yahaya (bekas rakan sekerja di KLIA Consult), Kawan-kawan sekolah lama, JoeArnani Adriana, Ahmad Rashidi, Mohd Fiza Mohd Zaini, rakan-rakan dari UiTM dan Unisel, Samrin Abd Samad, Norshakila Haris, Cikgu Bani Encem, Wan Mohd Sariff WM, Mantan Pensyarah saya di Unisel, Bs Dhillon. Tidak ketinggalan juga rakan kenalan FB saya dari jauh, Noie AiDa, Intan Samsiah Rahim, Roslina Ahmad, NurQasehku Olia, Budi Chahaya, Olfa Ben Addeljelil, dan Liew Ying Yie dan Mc Za. Terima kasih, semua !
Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesilapan ataupun kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat handai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Saya memohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.
Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, iaitu pada mereka yang menzahirkan ucapan hari lahir saya secara mesej peribadi ataupun dalam Group di WhatsApp, sekali lagi saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan ingatan daripada anda semua. Terima kasih daun keladi. In Shaa Allah, aamiin. Panjang umur kita jumpa lagi....
Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'
Khas untuk semua pembaca setia blog saya, Mencari Keredhaan-Mu, Ya Allah, Ya Tuhanku...
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih mengikuti blog saya secara terus (blogger.com) ataupun tidak secara terus (melalui google) sehingga kini...Alhamdulillah, amin...
Sekiranya ada di antara isi kandungan di sini ada yang membuatkan anda tidak selesa untuk membaca sehingga tamat, maafkan saya....'Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan'. Segala komen, cadangan dan penambahbaikan daripada anda semua amat diperlukan untuk memantapkan lagi isi kandungan blog ini untuk terus relevan sepanjang masa dan zaman.
Selain itu, saya amat berbesar hati untuk ruangan info di sini http://normanhafizi.blogspot.my/2014/02/alamat-bengkel-kereta-melayu-bumiputera.html yang diterbitkan sejak 28 Februari 2014 kerana masih lagi mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang melayarinya di sini. Sehingga kini, (rujuk gambar di bawah)
75251 views daripada statistik di blog saya dengan 63+ dari google dengan 78 komen daripada anda
Setiap hari post entry saya di sini setiap hari adalah yang paling tinggi untuk post Alamat Bengkel Kereta Melayu Bumiputera, pelayarnya khas dari Malaysia !
Alhamdulillah, amin. Setiap hari apabila saya melihat statistik seperti di atas, akan membuatkan saya untuk teruskan perjuangan saya untuk membantu dan menyebarkan informasi yang diperlukan oleh saudara/i seperjuangan kita di dalam alam maya (internet) ini.
Semoga melalui usaha murni kita bersama di sini akan dapat diberikan ganjaran dan pahala dari Allah s.w.t. kerana berniat untuk membantu sesama kita meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan dan jihad ekonomi umat islam untuk bersaing secara sihat dengan usahawan bukan islam dan bukan bumiputera di bumi Malaysia yang tercinta ini. In Shaa Allah, amin.
Akhir kata,
Salam silaturahim di hari terakhir Syawal 1439H...
.. *Buat keluarga*
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya
.. *Buat Yang Tersayang*
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu
.. *Buat Kawan-Kawan*
Maaf Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak sengaja
.. *Buat Sahabat*
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah
.. *Buat Yg X Sependapat*
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu
.. *Buat Yg Sayang Pd Saya*
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..
.. *Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya*
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar...
.. *Buat Yg X Kenal Saya*
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Dekat Contact anda...
Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya
Taqabbalallah..
*MAAF ZAHIR DAN BATIN*💕😘💋
Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin 1439H/2018M daripada saya untuk anda semua.
Sekian. Terima Kasih ! Wassalam.
No comments:
Post a Comment