Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 2 August 2018

Surat kepada CIA tak patut didedah - Najib


KUALA LUMPUR: Surat ditulis agensi perisikan negara kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) tidak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah rahsia kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pendedahan surat itu tidak sepatutnya berlaku kerana bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung kerahsiaan, khususnya membabitkan maklumat risikan.


Katanya, kerajaan serta Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang didakwa menulis surat memohon sokongan badan perisik Amerika Syarikat (AS) itu, tidak perlu mengulas mengenai kebocoran maklumat berkenaan kerana ia bukan tindakan yang betul.
"Surat ini dikatakan dibuat oleh badan perisik kita. Bukan dasar kita nak mendedahkan surat itu kerana ini rahsia kerajaan.
"Kalau kita dedahkan, maknanya tak ada apalah yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara.
"Secara dasarnya, kita tidak sepatutnya mengulas mengenai kebocoran seperti ini kerana ia adalah amalan yang sangat buruk," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sama ada wujud surat seperti itu ditulis kepada negara lain.
Guan Eng turut menggesa siasatan menyeluruh dilaksanakan berhubung surat terbabit kerana menyentuh kedaulatan negara.
Sebelum ini, tersebar sepucuk surat didakwa daripada MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), memohon sokongan CIA menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu, ditandatangani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan).
Najib sekali lagi menegaskan tidak mengetahui sama ada surat itu benar-benar wujud atau sebaliknya kerana ia tidak melalui kelulusannya atau mana-mana kementerian, sebaliknya antara agensi.
"Benar atau tidak mereka menulis surat itu, kena tanya agensi berkenaan, bukan saya. Saya tidak boleh sah atau nafikan kerana saya tidak tahu.
"Apa pun, ia sudah terlewat kerana surat itu dikatakan ditulis ketika tempoh berkempen, dan ia tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya," katanya.
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...