Assalamualaikum wbt.
YAD Dato' Setia/ YB Dato' / YBhg Tan Sri/ YBhg Dato'/ Datin Paduka/ Dr /Tuan/ Puan yang budiman,
Untuk makluman semua, 25.9.2018 akan datang telah ditetapkan untuk perbicaraan kes rayuan oleh MAIS, JK Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan SIS untuk semakan kehakiman didengar di Mahkamah Sivil terhadap fatwa Liberalisme dan Pluralisme yang dikeluarkan oleh JK Fatwa Selangor.
Rayuan MAIS, JKF dan Kerajaan Negeri Selangor ini akan didengar di hadapan 7 orang panel hakim Mahkamah Rayuan.
Sekiranya keputusan rayuan ini tidak menyebelahi MAIS, JKF dan KNS, keputusan ini akan menjadi precedent kepada semua kes MAIS yang masih berjalan di Mahkamah berkaitan bidang kuasa semakan kehakiman terhadap fatwa.
Pihak MAIS memohon semua umat Islam utk sama2 menunaikan solat hajat dan berdoa untuk kemenangan pihak MAIS, JK Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.
Aamiin.
Gambar 1
Keputusan mahkamah rayuan Putrajaya hari ini sengit berkaitan tuntutan SIS terhadap fatwa MAIS, tapi hasil perbincangan, kedua pihak bersetuju untuk kes ini lawan di Mahkamah Tinggi, panel hakim diketuai oleh Hakim Malaysia Baru, Rchard Malanjum, bersungguh betul puak-puak liberal ini nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah Islam termasuk dalam kes ini yang mereka berjuang untuk batalkan Fatwa MAIS berkaitan kesesatan ajaran liberal, bersatulah wahai para pemimpin, bangun dan bangkitlah wahai ummat, ketika kita sibuk berpecah dan bergaduh sesama sendiri, golongan ini makin kuat dan bersatu untuk merosak dan menghapuskan kedaulatan Islam dalam negara kita...bangkitlah, sepertimana kes kalimah Allah 2013 dahulu kita mampu bangkit dan bersatu yang akhirnya Allah bagi kita menang tipis 4-3...cukup-cukuplah bergaduh politik itu, ini masa untuk kita bersatu berjuang menentang serangan evangelist zionis yang makin lantang menghentam Islam dalam negara kita....Allahuakhbar !!!
Gambar 2
Mereka datang ramai hari ini, termasuklah Siti Kasim dan rakan-rakannya, sampai kita nak masuk cari kerusi pun susah, terpaksalah menyelit berhampiran dengan mereka, paling tak tahan cara mereka buli kita itu, mereka bergelak-gelak bila peguam kita berhujah, bila hakim macam bersuara tinggi macam jerkah peguam kita sahaja, geng diaorang terus ketawakan, dan bila berjumpa berpeluk sakan sesama mereka...bahkan bila keluar bilik mahkamah, mereka buat PC pun kedengaran suara macam takbir juga tapi diakhiri dengan gelak ketawa macam membuli sahaja, memang terhina rasanya hamba orang Islam dihina di negara sendiri, Yaa Robb...berikanlah kesabaran kepada kami dalam kami berdepan dengan golongan yang kufur dengan AgamaMu ini...
No comments:
Post a Comment