Saat-saat Akhir Mahathir Di Belenggu Kekesalan
Kenapa semua bencikan saya? Apa salah saya? - Tun Mahathir
Dalam minggu ini muncul video Mahathir keluar dari bilik mesyuarat di Brunei (dipercayai permohonan berhutang ditolak Sultan Brunei), berjalan dalam keadaan yang tidak bermaya, sehingga menimbulkan kerisauan pengawal peribadinya yang cuba memapah tapi dilarang Mahathir demi menjaga air mukanya di depan wartawan yang sedang tunggu di luar.
Malah muncul juga gambar suasana meeting tergempar PH, yang terpapar wajah Mahathir betul-betul tertekan dan juga terpapar wajah Mat Sabu dan Guan Eng seolah-olah sedang dibelasah Mahathir cukup-cukup!
Dalam kenyataan FMT Mahathir melahirkan kononnya dia sudah buat sebaik mungkin tetapi keadaan menjadi semakin rosak atau hancur dari tangannya.
Ini mengingatkan kita atas doa terakhir allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang pernah berkata "Saya doakan Mahathir, umurnya cukup panjang untuk melihat kerosakan yang dilakukannya"
Apa Mahathir tidak pernah buat Membunuh, memfitnah, menganiayai, munafik, merompak, pecah amanah, mengkhianati agama sendiri malah untuk mendidik anak cucunya sekarang lebih mengejar kekayaan. Tetapi apa yang Mahathir buat telah terlampau banyak menzalimi orang-orang yang tidak berdosa.
Bagaimana Mahathir untuk perbetulkan dosanya dengan membuat dosa-dosa baru dan akhirnya dia telah melakukan dosa yang lebih besar hingga menggadaikan kedudukan Melayu, islam, bahasa melayu dan kedudukan raja-raja. Semuanya musnah kerana tangan Mahathir!
Malah Mahathir telah mencipta sejarah membawa golongan komunis menjaga undang-undang negara hingga ia menjadi cukup kebal bagi menteri-menteri PH merompak dan mengamalkan rasuah sambil menindas orang yang benar-benar ikhlas membangunkan negara.
Tamparan paling hebat terhadap Mahathir apabila kerajaan China sanggup tangguhkan hutang beratus bilion terhadap negara Afrika yang tidak mampu membayarnya dan memberi pinjaman tambahan sebagai memulihkan keadaan ekonomi mereka. Walhal selang seminggu sebelum itu Mahathir sudah habis merayu memohon bantuan pinjaman RM40 Bilion daripada China tetapi China tolak dengan cara memalukan Mahathir di depan sidang media yang dipertontonkan di seluruh dunia.
Apa dah jadi lawatan ke Brunei langsung tidak diumumkan apa matlamat sebenar lawatan tetapi Mahathir menggambil tindakan drastik membatalkan semua laluan lebuhraya PAN Borneo melalui Brunei. Walhal Raja Brunei pernah menyatakan rasa gembira tak terkira ketika lawatan mantan PM ke-6 mengumumkan laluan tersebut ketika melawat baginda di Brunei.
Juga tidak lupa bagaimana Mahathir 2 kali melawat Jepun tapi permohonan pinjaman telah ditolak jepun kerana faktor tidak yakin akan kebolehan dia berbanding Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Ini membuktikan gelaran Harimau Asia semasa dia PM ke4 telah hilang kuku pada ketika dia PM ke7. Berbanding dengan Najib Razak ibarat emas dengan batu, Najib dalam 9 tahun mentadbir negara menghasilkan 20 kali ganda kejayaan berbanding 22 tahun era PM ke4.
Dalam masa yang sama Anwar, Nurul Izzah dan blok PKR pro Anwar mula menyerang peguam Negara Tommy Thomas apabila menyalahguna kuasa bagi membebaskan kes rasuah Guan Eng tanpa sebab. Ini menunjukkan blok PKR semakin rapuh dan jika ia pecah segala projek yang baru dibolot anak-anaknya dalam 100 hari ini, akan lenyap sekelip mata atau mungkin kali ini seluruh kaum keluarganya akan hadapi 20 kali ganda dari apa yang dia perlakukan terhadap Najib Razak.
Bolehkah Mahathir sebelum meninggalkan dunia ini dalam keadaan berjaya mencuci segala dosa-dosanya dengan hanya bijak memanipulasikan kata-kata sahaja? atau bakal menjadi bahan cacian generasi ke generasi untuk 1000 tahun lagi?
Giliran Bank Dunia Memalukan Mahathir Dan Guan Eng
--------------------------
Pada 4 Oktober lepas, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam persekitaran luaran.
Malah Bank Dunia hari ini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018 menurun 4.9% daripada 5.4% malah kadar pengembangan boleh terus menurun menjelang 2020.
Lebih menakutkan Pembentukan modal tetap kasar dijangka berkembang dengan "sederhana" dengan perbelanjaan awam yang lebih rendah daripada jangkaan yang menjejaskan prospek pertumbuhan, kata Bank Dunia dalam laporan Asia Timur dan Pasifik. Kadar pertumbuhan eksport dijangka perlahan hingga 3.7% setiap tahun pada 2018 dan 2019 dari hampir 10% pada tahun 2017.
Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dari negara Asia Tenggara yang bergantung pada perdagangan
Bulan lalu, Bank Pembangunan Asia menurunkan ramalannya terhadap Malaysia kepada 5.0% untuk tahun ini dan 4.8% pada 2019 memetik risiko pertumbuhan eksport yang lembap dan pelaburan domestik yang lemah.
Ini jelas apa guna Mahathir lantik penasihat ekonomi jika ekonomi malaysia diambang muflis. Kesilapan paling besar Mahathir adalah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang paling bodoh dalam sejarah Malaysia.
Malah polisi Mahathir yang mahu tunjuk hebat hingga menyebabkan negara seperti China, Amerika, Arab Saudi dan kesatuan Eropah menggantung sebahagian besar import dari Malaysia menjadi penyebab kelembapan ekonomi.
Bergitu juga polisi Flip-flop kerajaan sekarang seperti sesuka hati kejap batal, kejap tangguh dan kejap laksana terhadap projek-projek mega kerajaan. Telah menyebabkan para pelabur hilang keyakinan terhadap integriti kerajaan baru hingga menyebabkan saham dan nilai ringgit jatuh secara mendadak sehingga sekarang masih jatuh.
Yang menariknya Bank Dunia menyatakan kegagalan ekonomi Malaysia juga berpunca dari Tindakan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak popular yang sebelum telah menjana pendapatan sebanyak $ 10 bilion tahun lepas dan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan satu peringkat (SST).
Ini termasuk tindakan kerajaan baru dalam aktiviti penjualan aset negara dan pembiayaan semula hutang sedia ada, untuk mengurangkan sedikit tekanan daripada kewangan negara.
Lebih memalukan Mahathir dan Guan Eng, Bank Dunia tetap menyatakan hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion kepada RM725 bilion dan peningkatan tersebut berpunca dari tindakan Kerajaan Baru yang melancarkan tax holiday selama 3 bulan dan pemansuhan GST kepada SST. Telah menyebab keadaan kewangan negara menjadi huru hara.
Yang peliknya tidak sepatah ayat pun Bank Dunia menyatakan hutang Malaysia cecah sehingga RM1 trilion seperti dipropagandakan oleh Mahathir dan Guan Eng. Malah Bank Negara Malaysia sehingga sekarang masih ikut kadar hutang yang sama seperti Bank Dunia.
Oleh itu boleh diandaikan yang Mahathir amat-amat terdesak menjaja cerita hutang RM1 trilion serata dunia semata-mata untuk yakinkan penipuannya kepada rakyat, akibatnya telah menyebabkan bahana kejatuhan ekonomi negara perlu ditanggung rakyat jelata.
Petikan dan tulisan Dato Lokman Nor Adam, Pengerusi Pemantau Malaysia Baru
Dulu (1981) Vs. Kemudian (2018)
"Untuk apa saya perlu membuang masa (Melayan Kritikan Mahathir).
Sedangkan kita semua sedia maklum daya ingatan dia sudah tidak beberapa stabil"
Donald Trump, Presiden Amerika
Apa yang Najib bawa balik dari oversea
- China RM144 billion
- Arab Saudi RM11 billion
- Perancis RM15 billion
- India RM167.37 billion
- Singapura RM50-60 billion
- Turki RM21.39 billion
Bila nak habis politik dendam? Tak henti-henti puji diri sendiri, kutuk DS Najib tak henti-henti. Tak letih ke?
Pakatan Harapan (PH)
- no clear policies
- done little to help people in Penang and Selangor
- favours developers
- irresponsible
- uncouth & foul-mouthed
- kurang ajar
- self-centered
- opportunists
- cynically violated the public trust
- naked opportunists
- lacks wisdom
- complacent
- hypocrites to work with destroyer of democracy for 22 years
No More Hope For Pakatan
*Adakah ini pertanda Dato Sri Najib akan ulangi sejarah Mahathir menjadi PM kali kedua?*
Syed Razak
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2132629593416871&set=a.639859799360532&type=3&theater
Ekonomi pulih jika Mahathir turun dan Pakatan Harapan (PH) bubar
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=164261377810097&set=p.164261377810097&type=3&theater
Sepanjang 10 Tahun Inilah PM Najib Razak Laksanakan Demi Rakyat
https://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/2327672420583478?__tn__=-R
BBC HARDtalk 02/10/2018 Mahathir Mohamad
MAHATHIR GAGAL JAWAB ISU 2.6 BILLION◼
Wartawan BBC Hardtalk telah bertanya kepada Tun M tentang dakwaan korupsi 2.6 billion terhadap DS Najib Razak.
Wartawan itu mengatakan bahawa DS Najib telah mengatakan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan. Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah?
Tun berkata, itu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Saudi. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia.
Wartawan tersebut kemudian berkata, “Bagaimana anda tahu?”
Jawapan Tun adalah, “Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu.”
Wartawan itu bertanya lagi, “Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib?”
Tun kata, “Well...Jika Saudi ada memberikan Najib wang...pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail. Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib.”
DS Najib dah tunjuk dokumen ini lama dah. Memang ada transfer wang ratusan juta dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun Najib.
Kemudian Tun M tambah lagi...Arab Saudi kena nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang sebanyak itu (2.6 billion) untuk disumbangkan kepada Najib. 😆
Ya Rabbi...semua orang dalam dunia tahu kot yang Arab Saudi ni antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak. Bani Saud bukan macam Bani Mahathir yang multi billionaire sedangkan Mahathir hanya seorang doktor klinik biasa. 🤣
Namun...Tun kekal gagal menjawab soalan wartawan BBC iaitu, Apakah Mahathir sudah bertanya kepada pihak Saudi. Beliau hanya spin dan spin.
https://www.facebook.com/lamkii/posts/10156699186525270?notif_id=1538553495735723¬if_t=close_friend_activity
http://theunspinners.blogspot.com/2018/10/kenapa-presiden-amerika-donald-trumph.html?m=1
http://theunspinners.blogspot.com/2018/10/kenapa-presiden-amerika-donald-trumph.html?m=1
Anda Setuju Kerajaan Pakatan Harapan Bubar?
Ekonomi pulih jika Mahathir turun dan Pakatan Harapan (PH) bubar
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=164261377810097&set=p.164261377810097&type=3&theater
- BR1M
- PR1MA
- Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
- Bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia
- Klinik 1Malaysia (Bayar RM1)
- Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0)
- Subsidi RM20,000 Rumah Mesra Rakyat
- Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar IPT
- Gaji minimum
- Lebuhraya tanpa tol Pan Borneo
- Mansuh tol paling banyak
- Elaun 3 bulan kepada pesawah
- Elaun 3 bulan kepada nelayan
- Hapus hutang peneroka FELDA
- Beri elaun SL1M RM2,000
- MRT
- Bantuan Teksi 1Malaysia
- Mansuh Yuran Sekolah
- MyDeposit - Kerajaan tolong bayar deposit rumah
- ADAM50
- Diskaun PTPTN sehingga 20%
- Koata Haji Khas untuk pesara dan veteran ATM
- Klinik bergerak 1Malaysia untuk pedalaman
- Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia
- Bantuan Khas Untuk Pekebun Kecil Getah
- ECRL
16 Muharam 1440H
Rabu 11.30p.m.
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA - Usah Biarakan Pembangkang Sahaja Memperbetulkan dan Menyelamatkan Negara
Ramai di kalangan mahasiswa di luar negara berasa malu dengan rakan-rakan sekuliah mereka kerana YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dimalukan oleh kuasa besar China, Amerika Syarikat dan Jepun.
Sekiranya pemimpin sebuah negara kecil diberi sambutan hebat oleh negara-negara besar dan berpengaruh, tentu sahaja mahasiswa tersebut akan berbangga.
Saya tidak tahu apakah reaksi pemimpin negara-negara lain apabila mereka membuat perbandingan antara sambutan yang pernah diterima oleh DS Najib Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Samada reaksi positif atau negatif para pemimpin dunia terhadap pemimpin kita, ia akan mempengaruhi para pelabur serta memberi impak pada iklim pelaburan negara dan pertumbuhan ekonomi.
Adalah menjadi kewajipan kepada setiap rakyat Malaysia agar mengambil tanggungjawab bersama mempertbetulkan dan menyelamatkan negara ini dari terus ditertawakan oleh negara luar dan dari terus mengalami keruntuhan di tangan para pemimpin sediada.
Adalah menjadi kewajipan kepada setiap rakyat Malaysia agar mengambil tanggungjawab bersama mempertbetulkan dan menyelamatkan negara ini dari terus ditertawakan negara luar dan dari terus mengalami keruntuhan di tangan para pemimpin sediada.
https://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/2327672420583478?__tn__=-R
Sikit-sikit merajuk nak letak jawatan.
Letaklah Jawatan ! Ingat ada rakyat yang peduli. Rakyat akan buat kenduri kesyuuran adalah.
No comments:
Post a Comment