Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 26 October 2018

ICERD: Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera bakal dihapuskan - Abu Leman

Apalah nasib anak-anak kita jika ICERD berjaya diratifikasi?
  1. Penghapusan Hak Keistimewaan Melayu
  2. Penghapusan Jabatan Agama Islam
  3. Kebebasan Menganut Agama
Keterangan Berkenaan 3 Perkara Utama Yang Bakal Berlaku :
  1. Tiada lagi hak keistimewaan yang kita nikmati selama ini untuk anak-ana kita. Bagaimana anak kita hendak ke universiti, hendak membeli rumah. Semua itu akan menjadi satu kesukaran untuk anak-anak kita.
  2. Anak-anak kita lebih senang terdedah dengan anasir-anasir negatif dan lebih senang terpengaruh. Mungkin anak-anak kita akan menjadi Lesbian, menukar jantika kerana mengikut "trend" semasa.
  3. Anak-anak kita bebas menganut apa-apa agama yang mereka suka dan tiada siapa pun yang boleh membantu kita bila ianya berlaku.
Penulis cuba menulis mengenai isu yang sedang tular ini untuk mudah dihadam oleh orang kampung seperti penulis dan juga pekerja kolar biru lainnya. Ini bukan posting politik kepartian!

1) Apa itu ICERD, OHCHR? dan apa muslihat yang sedang berlaku?

Ketika ini ada usaha daripada pihak-pihak tertentu yang ingin mencabar kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera secara amnya; di mana kedudukan istimewa ini dijamin sepertimana termaktub di dalam perlembagaan negara.

Usaha ini agak bijak sebenarnya. Tidak menggunakan strategi lama yang mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan mencabar polisi-polisi kerajaan yang memelihara kedudukan istimewa orang Melayu ini, mereka kini menggunakan ‘orang ketiga’ untuk mencabar polisi-polisi tersebut.
Semestinya tiada nama yang lebih besar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menggunakan ratifikasi ICERD PBB sebagai modal, mereka kononnya menuntut agar negara ini lebih progresif dalam menggubal polisi-polisi yang berkaitan dengan hubungan antara kaum.

Sebelum kalian berarak di jalanraya, mengusung keranda tertera kata keramat “153”, eloklah kalian fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan ICERD atau nama penuhnya International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum).

Konvensyen ini berada di bawah portfolio OHCHR atau dikenali sebagai Office of the High Commissioner (United Nation Human Rights), sebuah komisioner yang secara langsung mempromosi dan melindungi hak asasi manusia yang dijamin di bawah undang-undang antarabangsa dan termaktub di dalam Universal Declaration of Human Rights of 1948 (Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat tahun 1948).

2) Apa tujuan ICERD ditubuhkan?

ICERD adalah konvensyen internasional yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel (rujuk pautan di bawah). Negara-negara yang menyertai konvensyen ini atau dikenali sebagai “state parties” mestilah memenuhi tuntutan 25 artikel yang telah disenaraikan dalam 3 bahagian tersebut.
Tujuan utama ICERD terang dan mudah. Ia menolak segala jenis penindasan kaum dan kolonialisasi.

Secara amnya, ICERD adalah suatu usaha yang baik, tetapi pentakrifan “diskriminasi” pada ICERD amat mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan.

3) Jika ia menolak penindasan kaum dan kolonialisasi, mengapa kita harus menentang inisiatif ini? Bukankah menolak sebarang bentuk penindasan itu bagus?

Jawapannya mudah, ICERD dibentuk dengan permaknaan yang luas. Ia tidak dibentuk berdasarkan negara-negara tertentu. Oleh itu, apabila kata “diskriminasi” pada ICERD disamakan dengan polisi negara yang memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, ia adalah suatu manipulasi yang jelas dan bersifat “ulterior motive” (motif tersembunyi).

Ini usaha yang amat halus, perlahan-lahan namun tajam menikam dalam jangka masa panjang.

Seperti yang kita alami, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera tidak menyekat kebebasan beragama, bangsa lain bebas mengambil bahagian dalam sektor ekonomi malah kerajaan pun boleh ditukar melalui proses demokrasi dan pilihanraya.
Benar, kita ada mahkamah syariah, kita ada pelbagai skim dan program khas untuk Bumiputera tetapi ini berkadar langsung dengan polisi-polisi yang memartabatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera; seperti yang dipersetujui nenek moyang kita dan termaktub dalam perlembagaan (contohnya, 152 dan 153). Jika, ia hendak dihapus, tanyalah pada orang Melayu dan Bumiputera, bukannya pada PBB!

4) Apakah yang dimaksudkan dengan “ratification of ICERD Treaty”?

Ratification atau ratifikasi dalam bahasa Melayu secara mudahnya bermaksud “menjadikan suatu perjanjian itu rasmi”. Ini bermakna sebarang bentuk perjanjian rasmi yang dibuat oleh negara dengan PBB bakal memberi impak secara langsung kepada polisi-polisi dalam negara yang dianggap bertentangan dengan ICERD.

5) Jadi, apakah polisi dalam negara yang akan mendapat impak secara langsung?

Ini jawapan penulis:

Segala-galanya yang mahu diubah, ditukar dan dikajisemula! Segala-galanya di bawah bulan dan bintang! Kerana ia bergantung kepada pentafsiran pelbagai pihak, maka tiada polisi yang terselamat sebenarnya. Jangankan isu kuota atau tanah rizab, hatta penggunaan baju batik pada hari Khamis di premis kerajaan pun boleh dipersoal.

6) Di mana boleh dibaca teks penuh 25 Artikel ICERD?
Penulis ada letakkan alamat sesawang ICERD di bahagian “Rujukan dan Bacaan Lanjut”. Jika kalian mahukan maklumat lebih terperinci apa polisi negara yang bakal dicabar, penulis ada meletakkan pautan hantaran saudara Jamalee Bashah mengenai perkara itu.

7) Akhir sekali, apa harapan penulis dalam kita menghadapi cabaran baru ini?

Bangun Kalian Bangun! Nyatakan pendirian kalian. Tularkan permasalahan ini hingga ke ceruk kampung. Sedarkan masyarakat bahawa perjuangan mempertahankan amanat nenek moyang itu semakin menekan. Bersuaralah! Ini bukan masalah politik kepartian. Ini lebih daripada itu. Ini masalah agama, bangsa dan tanahair. Ketepikan perbalahan politik kalian dan bersatu mempertahankan apa yang perlu diperjuangkan. Ketepikan ego kalian, rapatkan barisan.

Akhir kata, sedangkan Parameswara mahu ‘diratifikasi’, inikan pula……. 


Sumber: The Patriots


Rujukan dan bacaan lanjut:














"Orang-orang kafir itu di saat mereka sedikit dan dalam posisi dipimpin, mereka akan mengumbar kata cinta dan kasih tapi di saat mereka banya dan dalam posisi memimpin, mereka tak akan ragu menindas bahkan nyawa umat Islam tak ada harganya bagi mereka."

(Salahuddin Al Ayyubi)


Gambar 1 : Tapak awal pendaratan, perhimpunan dan penghantaran Migran India Selatan ke Ladang-ladang Semenanjung Malaysia untuk bekerja pada abad ke-19 oleh penjajah British

Gambar 2 : Tapak Bersejarah Nenek Moyang Cina Mendarat



UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...