Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 29 November 2018

10 Tempat Tuntut Khairat Kematian

Pengalaman yang sangat berharga ketika menyelesaikan pengurusan jenazah arwah adik saya.. Terjumpa artikel ini. Esoknya saya terus pergi ke pejabat-pejabat seperti KWSP, PNB, Bank Rakyat dan lain-lain... Borang-borang saya dah ambil dan serahkan kepada isteri arwah...

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam itu sahaja. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ini pastikan anda bagitau dekat pasangan dan anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ini dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ini. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris-waris)

Di sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid

  • Sekitar RM 500 - RM 5,000
  • Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO 

  • RM 2,000
  • Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP

  • RM 2,500
  • Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA

  • RM 3,000
  • Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian Bank Rakyat

  • RM 3000
  • Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB

  • RM 200 - RM 2,000
  • Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful 

  • RM 2,000 - RM 5,000
  • Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi

  • RM 500 - RM 5,000
  • Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
9. Khairat Kematian Pencen

  • RM3000
10. Lain-lain

  • Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
  • Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

  • Nasihat saya, lepas ini, jika tak ada akaun Bank Rakyat, sila buka akaun bank tersebut. Insya allah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.
  • Bagi yang bekerja sendiri, yg tak carum dalam KWSP dan PERKESO, sila carum sukarela. Pegilah hadap Pegawai KWSP dan PERKESO, tanya prosedurnya. Sangat-sangat membantu dengan bantuan.
  • Selain itu, bagi yang masih tak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi hanya mampu bayar untuk 3 bulan sahaja. Kalau masih tak mampu sangat, belilah PA Insuran sahaja. Cukup murah tapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.
Silakan #share

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...