Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 26 November 2018

Wanita lalui detik cemas kereta dikeronyok kumpulan perusuh India © Abu Leman



Seorang wanita malam tadi melalui detik cemas apabila kereta yang dinaikinya dikeronyok oleh sekumpulan perusuh India yang berkumpul di hadapan kuil Sri Maha Mariamman malam tadi.

Wanita itu yang difahamkan baru pulang dari kerja melalui jalan tersebut menjadi ketakutan apabila keretanya ditahan, ditumbuk dipukul sehingga remuk dan pecah cermin kereta.

Nyawanya juga turut terancam apabila semasa kereta ditahan, pintu keretannya dibuka dan ditutup oleh kumpulan tersebut.

Wanita yang menggunakan nama Yuna itu kesal kerana akibat dari perbuatan orang lain, beliau yang menerima akibatnya.

Bagaimanapun Yuna bernasib baik apabila sekumpulan perusuh yang lain menghalang dan mengarahkan beliau dilepaskan.

Yuna turut menyatakan satu kereta meletup akibat dibakar oleh kumpulan perusuh tersebut sebaik beliau melalui jalan tersebut. – AbuLeman

 Dugan dr Allah swt pecah cermin keta dn kemek body ke di tumbak sekumpulan india didepan Kuih di usj yg ada rusuhan tu...


Yuna balik food testing kul 9.30 mlm... Semua kerenderaan menggunakn laluan yg sama xsangka keta yuna yg kena...... 

Lepas dh pecah cermin keta bila tgok yuna pmpuan dn kena marah dgn sekumpulan lagi group suh stop sebab yuna pmpuan mereka mntk maaf dn iring keta yuna sampai tempt selamat... 

Dh pecah cermin dh adk2 india Ooo hny Allah saja yg tahu mcm mna masa tu perasan yuna..... Dibuka tutup pintu keta oleh sekumpulan india, ni lah dia org lain yg buat org lain yg kena..... 

Lpas yuna selamat sampai tempt yg elok sebiji keta dibakar dgn letupan yg kuat, yaallah terima kasih kau lindungi yuna.... Syukur kehadrat mu yaallah – Yuna Yuna

 






© Wanita lalui detik cemas kereta dikeronyok kumpulan perusuh India - Abu Leman

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...