Menerusi komen yang dibuat di laman Facebook Mastika, antara sebab Mastika gagal menarik perhatian pembaca muda adalah kandungan majalahnya yang tidak berubah dan kadangkala diragui kesahihannya. Di dunia internet ketika ini, segalanya boleh dibaca menerusi alam maya dan tidak perlu lagi untuk membeli majalah.
Mastika masih memegang rekod majalah paling laris selama 10 tahun berturut-turut. Ada di antara anda yang masih membeli majalah Mastika ini pada tahun 2018? Untuk naskah terakhir ini, bolehlah membelinya dan jadikan sebagai koleksi peribadi.
https://www.facebook.com/mastika.com.my/photos/a.10152190744266114/10155523164776114/?type=3&theater&_rdc=1&_rdr - Mastika Facebook Page
Mastika dah umumkan ni isu terakhir diorg dan selepas ni kemungkinan besar Mastika terpaksa mengikut Ujang, Apo & Tora Aman bersemadi dalam arena penerbitan
Takde berita yang kata Mastika cuma fokus dalam format digital lepas ini. Ini bermakna usia majalah Mastika dah cecah 77 tahun sejak kali pertama terbit tahun 1941 & berakhir tahun 2018
- hazirul faruzi -
No comments:
Post a Comment