*TOK HIM: WAHAI KERAJAAN... HELLO, HELLO?*
Apa yang nak ditunggu lagi?
Parti komponan PH tolak.
Parti pembangkang PAS dan UMNO tolak.
Majoriti NGO tolak.
Para Mufti tolak.
Bekas Ketua-Ketua Hakim tolak dan semua pihak menolak kecuali HINDRAF yang berdolak-dalik, serta beberapa individu, pemimpin DAP, Majlis Peguam dominasi Hindu dan hanya beberapa kerat individu yang menyokong.
*ISYTIHAR SAHAJALAH BAHAWA KERAJAAN DENGAN INI MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD MENOLAK ICERD.*
Kenapa biarkan majoriti rakyat berdemo sana sini bagi membantah ICERD?
Betul-betul buat rakyat pening dan bingung.
Inikah sikap kerajaan PH yang terus berdolak-dalik sejak PRU-14 hingga sekarang?
Takut hilang undi Cina dan India lagi ke?
Bagilah ketenangan pada majoriti rakyat.
Daripada membiarkan majoriti rakyat menunjuk bantahan dan manifestasi marah mereka kepada isu ICERD ini melalui penulisan, demonstrasi, forum dan lain-lain;
*WAJAR SEKALI PIHAK KERAJAAN KELUARKAN SATU KENYATAAN RASMI MENYATAKAN DENGAN TEGAS BAHAWA MALAYSIA TIDAK AKAN MERATIFIKASIKAN ICERD INI.*
Tunjukkan ketegasan! Sesungguhnya RAKYAT mahu melihat kepada ketegasan dan keberanian ini!!!
*UMUM SEGERA KERAJAAN MUKTAMAD TOLAK ICERD.*
Tok Him Ali
Presiden Perkasa
15 November 2018
Baca berita selanjutnya di https://www.editormalaysia.com/5502/?fbclid=IwAR01M7u03doJirBjLjLv9h-isXySpgccStbRvB8NS-Zw3PsY_qFAaImxCcI
UNTUK SIARAN SEGERA
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)
Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini
PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018
No comments:
Post a Comment