Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 15 November 2018

“ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar 'Perkauman' Di Malaysia" – DAP


UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

Baru-baru ini, laman web rasmi DAP (pautan: https://bit.ly/2qBSfEd) mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengandungi dalil-dalil DAP harus menyokong ICERD. Kenyataan itu telah dikeluarkan dikeluarkan oleh Chow Yu Hui yang merupakan ADUN TRAS dan Chiong Yoke Kong yang merupakan ADUN bagi kawasan TANAH RATA. Dalam kenyataan itu, mereka menggariskan hujah-hujah mereka kenapa DAP harus menyokong ICERD.
Malangnya, hujah-hujah yang dipaparkan adalah sangat menyedihkan kerana ia seperti sebuah serangan ke atas Hak 153 yang telah lama dipeluk oleh orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Meskipun isinya tidak mengambarkan serangan secara terus, namun bait-bait kata dalamnya mengarah ke arah Hak 153. Tidak percaya? Mari ikuti saya menghayati artikel yang mereka tulis. Kita telusuri setiap maksud yang cuba lemparkan dalam dalil-dalil mereka tersendiri kenapa ICERD harus disokong dan diratifikasikan. Perhatikan…
“Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”. – Petikan Artikel 
Kenapa Deklarasi Setapak disebut dalam dalil DAP untuk menyokong ICERD? Jawapannya sudah tentu apabila label bumiputera dibuang daripada rakyat Malaysia, maka secara tidak langsung, segala hak dalam 153 yang termaktub dalam perlembagaan akan hilang.
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia  merangkumi Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Yang Di Pertuan Agong berperanan dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam 3 perkara utama iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.
Apabila label Bumiputera digugurkan seperti saranan DAP dalam perlembagaan ini digugurkan, apalah lagi ertinya hak 153? Sebab itu dalam ayat awal dalam dalil mereka menyokong ICERD, mereka mengingatkan kita mengenai Deklarasi Setapak yang mereka laungkan sebab ternyata perjuangan mereka-mereka ini dalam memastikan ICERD diratifikasikan tidak lain dan tidak bukan kerana mahu mengacau hak 153.
Dalil mereka yang seterusnya dapat dilihat seperti di bawah:
“Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa.” – Petikan Artikel
Dalam bait-bait di atas, kita dapat melihat bahawa DAP mahu ICERD diratifikasikan kerana mereka takut mereka melihat golongan minoriti berasimilasi ke dalam masyarakat utama bangsa Melayu. Maka, hasrat kita untuk melihat bagaimana rakyat Cina dan India di Indonesia diasimilasikan ke dalam masyarakat pribumi sekadar tinggal angan-angan sekiranya ratifikasi ini berjaya. Fantasi kita melihat orang Cina dan India yang fasih berbahasa Melayu, memahami budaya Melayu, bahkan tidak ada masalah diserap ke dalam budaya majoriti seperti di negara luar hanya tinggal angan-angan sahaja.

“Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.” – Petikan Artikel
Selepas memulakan ayat mahu menghapuskan label bumiputera dan menolak asimilasi, mereka memberitahu visi mereka adalah untuk menentang pengasingan kaum (label Bumipyutera yang wujud) dan memperjuangkan saksama kepada setiap individu (secara tidak langsung memberitahu kepada kita bahawa hak-hak yang memberikan kelebihan kepada Bumiputera harus dihapuskan dengan ratifikasi ini. Mungkin sebab itu DAP menyebut.
“Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.”– Petikan Artikel
Kesamarataan kaum ini membawa maksud kepada penghapusan hak Bumiputera? Kita perhalusi kenyataan daripada DAP yang seterusnya dibawah:
“Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.”
Apa sistem dan dasar perkauman secara beransuran ini? Sekolah Cina? Saya yakin bahawa suara DAP bukanlah merujuk kepada sekolah vernakular tersebut. Tentunya dasar dan sistem perkauman ini merujuk kepada semua yang dimiliki oleh orang Melayu seperti UiTM, diskaun membeli rumah sebagai Bumiputera dan seumpama dengannya. Semua yang termaktub dalam 153 yang dirujuk sebagai memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran.
“Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.” – Petikan Artikel
Bagi mereka, selagi wujud dasar dan sistem yang berkaitan dengan 153 ini, maka perpaduan tidak akan mampu dicapai di Malaysia.
“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.” – Petikan Artikel
Hak 153 dianggap sebagai sebuah dasar yang merendahkan status bangsa masing-masing. Dan kemudian, semua dalil-dalil dan bunga-bunga menentang “ketidaksamarataan” di Malaysia ini diakhiri dengan kesimpulan mereka bahawa semua yang mereka letakkan sebagai ketidakadilan di Malaysia boleh dihapuskan dengan ratifikasi ICERD.
“Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))
Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.
Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.”
DAP menyeru supaya ICERD diratifikasikan demi membetulan sistem dan dasar perkauman di Malaysia, dan segala dasar-dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu digantikan dengan dasar yang bagi mereka lebih “memelihara hak setiap kaum”. 
Jadi, di sini daripada kata-kata DAP ini, segala ketakutan kita semua mengenai ICERD sudah jelas. Ia digesa untuk diratifikasikan kerana mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu miliki sebagai sebuah dasar yang perkauman, merendahkan bangsa lain, dan tidak wujud elemen kesamarataan yang mereka mahukan.
Jadi, ini bukan sekarang waktu untuk melaungkan perlembagaan kan ada seperti mana kita selalu tipu diri kita. Ini masa untuk kita umat Melayu tidak kira dari parti apa-apa pun, bersatu hati seperti nenek moyang kita melawan Malayan Union dahulu demi menentang Malayan Union 2.0 ini, supaya hak 153 ini kekal terpelihara sampai bila-bila wujudnya negara Malaysia ini. Pertahankan hak kita sebagai pribumi di Malaysia!
Perlembagaan Singapura turut menyatakan kesediaan kerajaan mereka menjaga orang Melayu, tetapi di manakah Melayu Singapura hari ini? Ada antara mereka yang tidak mampu bertutur dalam Bahasa Melayu pun. Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris kini menjadi lidah rasmi mereka! Hak Keistimewaan? Hanya di atas kertas sahaja. Jadi, kalian yang membaca artikel ini, ayuh kita nyatakan sesuatu membantah ICERD.
Mulakan perjuangan anda dengan turunkan tandatangan anda dalam petisyen kami melawan ICERD ini seperti mana dibawah:
Boleh tandatangan bantahan ratifikasi tersebut di petisyen atas talian di sini: https://chn.ge/2OKfHgU

https://www.thepatriots.asia/icerd-harus-disokong-demi-menghapuskan-hak-153-dap/

Sumber-sumber lain yang berkaitan dengan isu yang sama :-

  • Why Malaysia should ratify ICERD


The Malaysian Insider

Oct 31, 2012
Oct 31 — PROHAM is a new human rights NGO formed by former Suhakam and the Police Commission commissioners. It was launched on 21st March, 2011.
Incidentally, 21st March every year is the UN International Day for the Elimination of Racial Discrimination.
This RTD will go a long way towards realizing PROHAM’s hope to see that Malaysia will, sooner rather than later become a party to the UN International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, 1969 (ICERD).
This move represents a realistic approach to the issue rather than sweeping it under the carpet and pretend it is not there.
2. I am unable to find one good reason why Malaysia should persistently continue to be not a party to ICERD.
Any government which refuses to be a party to ICERD is a government that supports racism and racial discrimination.
How else can I interpret such state of affairs? 175 countries are currently party to ICERD including many Islamic countries.
Only 15 countries have yet to be a party to ICERD and Malaysia is one of them. It is in the company of countries like North Korea, Myanmar and a dozen of authoritarian countries.
The 175 cannot be all wrong and the 15 all right. It is very refreshing, however, to see Myanmar making fast progress in a relatively short period of time in the promotion and protection of human rights. It has recently established a National Human Rights Commission which was unthinkable not too long ago. I will not be surprised if Myanmar becomes a party to ICERD sooner than expected.
Malaysia is a member of the UN Human Rights Council(HRC). Article 1 of the Universal Declaration of Human Rights(UDHR) affirms that all human beings are born free and equal in dignity and rights. It would be hypocritical of Malaysia to be in the HRC and does not become a party to ICERD. It is not walking the talk. The observance of the International Day for the Elimination of Racial Discrimination reminds us of our individual and collective responsibility to promote and protect this ideal.
3. Article 1 of ICERD defines ‘racial discrimination’ as ‘any distinction, exclusion, or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life.’
Think about this ladies and gentlemen and ask yourself whether there is racial discrimination in this country or not. Relate this to the idea of ‘ketuanan Melayu’ and the affirmative action and policy for the Malays who form the majority population and control everything associated with government. The communities which really need assistance by way of affirmative action are the orang asli, Penans and other indigenous minorities. One objective way to determine the extent to which racial discrimination exists or does not exist in this country is to examine what statistical data indicate regarding who and which community is in control of the economic, social, cultural, civil and political life.
4. Racial discrimination is a form of human rights violation. It retards the country’s progress in a highly globalized and competitive world. It triggers a brain drain situation.
There are no less than 1.5 million Malaysians with tertiary education who have left the country. It is not conducive to the creation and maintenance of genuine national unity and integration. It generates unhappiness, frustration and resentment. It stunts meritocracy. All these consequences of racial discrimination become more intense as the literacy standard improves and more and more people have access to the internet.
5. In a paper (1st July 2012) entitled ‘institutional racism and religious freedom in Malaysia’ prepared by the Human Rights Foundation of Malaysia it provides a variety of statistics, news articles, reports, academic reports, anecdotes etc to demonstrate the scale and depth of the discrimination that non-Malays and non-Muslims face. Amongst others the following indicators are mentioned:
i) The federal constitution establishes 2 classes of citizens through Article 153, the root of the racist system.
ii) The State sanctions racist and religious extreme laws and policies.
iii) The State controls the government administration through one racial and religious group.
iv) The State channels most funds for economic, educational and social development programs, licenses, permits etc to one race.
There are some more in the list. I have not seen any government rebuttals to the allegations.
6. I also received an article forwarded to me through the internet by a friend (13 January, 2012) listing 55 items which suggest racism does exist in this country.
The title of the article is ‘Racial Discrimination in Malaysia : Don’t believe? Then look at the list.’ I do not know the name of the writer. I like to share with you 7 out of the 55 items. These are:
i) Of the 5 major banks, only 1 is multi-racial. The rest are controlled by Malays.
ii) 99 per cent of Petronas directors are Malays.
iii) 99 per cent of 2000 Petronas gasoline stations are owned by Malays.
iv) 98 per cent of civil servants in Putrajaya are Malays.
v) 95 per cent of government contracts are given to Malays.
vi) All 10 public universities VCs are Malays.
vii) A building plan for a Catholic church in Shah Alam has been waiting for approval for 20 years. As at 2004, there was still no approval.
I do not know to what extent the allegations are factual. However I have not seen any government rebuttal.
7. Debates and allegations of racial discrimination in Malaysia should subside the moment the country becomes a party to ICERD.
PROHAM therefore strongly recommends that the Malaysian government becomes a party to ICERD without further delay. If there is no racial discrimination and racism in the country then the government should show the world that this is so by becoming a party to ICERD.
* Tan Sri Simon Sipaun is PROHAM chairman.
* Views shared at a Roundtable Discussion on ICERD on Oct 31, 2012 at Kota Kinabalu, Sabah
Nota Tambahan : 
Sejak 2012 LKS dah mula pasang strategi untuk mendapatkan Rektifikasi ICERD. Pandai dia guna ICERD untuk ubah perlembagaan...dia fikir orang melayu tak perasan...Takpe, dia akan cuba lagi bila melayu dah lupa dan betul-betul lemah...

Bangkit umat Melayu Islam dan Bumiputera!!
  • Dari Sumber Media Astro AWANI


"Kerajaan tidak nyatakan yang kita akan laksanakannya. Tapi kita akan mencuba laksanakannya sama ada secara sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, itu bukan perkara utama."
  • Daripada sumber Facebook PPBM

Jentera parti PPBM sedang menghasut rakyat bagi menggagalkan Perhimpunan Bantah ICERD pada 8 Disember ini. Poster ini admin ambil dari salah satu page pro PPBM. Apa yang menyedihkan apabila PPBM melabelkan kita orang Islam yang mahu membantah ICERD sebagai PELAMPAU AGAMA dan PELAMPAU KAUM yang akan melakukan rusuhan pada 8 Disember ini ! Ini tuduhan yang sangat biadap dan melampau. 

Kenapa PPBM tidak berani melabelkan Menteri Perpaduan Dan Integrasi Nasional Waytha Moorthy sebagai PELAMPAU AGAMA dan PELAMPAU KAUM ? Sedangkan kenyataan yang dibuat beliau itu satu provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan agama. Nampaknya parti PPBM lebih memihak kepada pelampau Hindu dan pelampau Paria bukannya mahu bersama umat Islam dan orang Melayu yang mahu mempertahankan hak serta kedaulatan Perlembagaan Negara. 

Kepada semua umat Islam dan orang Melayu, bangkitlah ! Kita turun beramai - ramai ke Kuala Lumpur pada 8 Disember ini bagi mempertahankan agama, bangsa dan tanahair kita. Hari ini bukan lagi hari di mana kita boleh berpeluk tubuh sahaja. Hari ini kita mesti BANGKIT tunjukkan SIAPA kita kepada mereka ! Kita bukan mahu merusuh. Kita hanya mahu mempertahankan hak kita saja seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Pastikan 8 Disember ini, Kuala Lumpur KITA YANG PUNYA !!!

#ABC
#PPBMAntiIslamAntiMelayu
#BangkitLawanPH
#TolakICERD
#PakatanHancing

Nota tambahan :

Lepas ICERD, ada lagi ni. ICCPR (The International Covenant on Civil and Political Rights) dan;
The UN Convention against Torture and Other Cruel,  Inhuman and Degrading Treatment or Punishment.

ICCPR beri kebebasan agama, boleh sebar apa apa agama pada org islam. Juga bebas beragama termasuk termasuk Syiah.
  • Daripada sumber WhatsApp

Nota Tambahan :

Apabila video ini diedarkan kepada penyokong ICERD, memang mereka setuju. Mereka akan menggunakan ulasan dan alasan mengikut logik akal semata-mata. Pendapat yang dikeluarkan daripada video ini adalah pendapat yang menjurus kepada sejenis pemikiran orientalis barat dan mereka yang dah biasa dengan budaya sana. Kita perlu ingat, misi mereka (orientalis barat) dari luar datang ke sini semata-mata nak rombak sistem yang ada di sini dan juga supaya orang kita (Melayu/Islam) meninggalkan urusan agama dan meninggalkan hak yang kita ada (Keistimewaan Bumiputera/Sabah & Sarawak) sejak dulu hingga kini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...