Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 24 June 2019

SUAMIKU MILIK WANITA LAIN


Berpuluh kali membaca artikel ini, tidak bosan.

Pagi-pagi lagi, Sarah mengetuk pintu rumah ibunya. Dia menggendong anaknya dan bawa tas besar.

Dari matanya yang bengkak dan merah, ibunya sudah tahu yang Sarah bertengkar lagi dengan lakinya.

Meskipun hairan, kerana biasanya Sarah hanya setakat telefon sambil menangis jika bergaduh dengan lakinya. 

Ayah Sarah yang kehairanan, tanya masalahnya.

Sarah ceritakan dari mula pertengkarannya dengan lakinya mlm tadi.

Sarah kecewa kerana lakinya telah membohongi Sarah selama ini.

Sarah terjumpa buku bank lakinya terjatuh di dalam kereta.

Sarah baru tahu yang lakinya selalu mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan pada tarikh yang sama.

Sarah juga perasan, wang yang dia terima jumlah yang sama.

Bererti sudah 1 tahun lebih, lakinya membahagi wangnya, setengah untuk dia, setengah untuk yang lain. 

Jangan-jangan ada wanita lain??

Ayah Sarah hanya menghela nafas, wajah bijaksananya tidak menampakkan rasa panik atau pun marah.

"Sarah. Yang pertama, langkahmu datang ke rumah ayah sudah melawan Firman Allah kerana meninggalkan rumah tanpa izin suamimu".

Kalimat ayah membuat Sarah kebingungan.  Sarah menyangka dia akan dapat sokongan dari ayahnya.

"Yang kedua, mengenai wang suamimu, kamu tidak berhak tahu. Hakmu hanyalah wang yang diberikan suamimu. Itu pun untuk keperluan rumah. Jika kamu membelanjakan wang itu tanpa izin suamimu, meskipun itu untuk sedekah, itu tak boleh".

Ayahnya meneruskan.

"Sarah, suamimu menelefon ayah dan mengatakan bahawa sebenarnya wang itu memang diberikan setiap bulan untuk seorang wanita.

Suamimu tidak menceritakannya padamu, kerana kamu tidak suka wanita itu sejak lama.

Kamu sudah mengenalinya dan kamu rasa setelah berkahwin dengan suamimu, hanya kamulah wanita yang memilikinya".

"Suamimu meminta maaf kepada ayah kerana dia hanya berusaha menghindari pertengkaran denganmu.  Ayah faham kerana ayah pun sudah mengenal watakmu".

Mata ayah mulai berkaca-kaca.

"Sarah, kamu kena tahu, setelah kamu kahwin, yang wajib kamu taati adalah suamimu. Jika suamimu redha padamu, Allah pun redha.  Sedangkan suamimu, dia wajib taat kepada ibunya.  
Begitulah Allah mengatur lelaki untuk taat kepada ibunya.  Jangan sampai kamu menjadi penghalang bakti suamimu kepada ibunya".

"Suamimu dan harta suamimu adalah milik ibunya".

Ayah berkata dengan linangan air mata. Seorang ibu melahirkan anaknya dengan susah payah dan kesakitan. 
  • Kemudian dia membesarkannya hingga dewasa hingga anaknya berkahwin, dia melepasnya begitu saja.
  • Kemudian anak  itu akan sibuk dengan kehidupan barunya. 
  • Bekerja untuk keluarga barunya. 
  • Mengerah tenaga  untuk isteri dan anak-anaknya. 
  • Anak hanya guna sedikit waktu untuk sesekali berjumpa dengan ibunya sebulan sekali, atau hanya setahun sekali di musim perayaan.

"Kamu yang sejak awal berkahwin tidak suka dengan ibu mertuamu. Mengapa? Kerana rumahnya kecil dan sempit? Sehingga kamu mengadu kepada suamimu bahawa kamu tidak betah tidur disini.  Anak-anakmu pun tidak akan betah disana. Sarah, mendengar ini ayah sakit sekali.  Jika kamu merasa tidak sedap tidur di sana, bagaimana dengan ibu mertuamu yang dibiarkan saja untuk tinggal di sini?"

Wang itu diberikan untuk ibunya. Suamimu ingin ayah berhenti menjaja makanan kerana sudah semakin uzur.

Dari wang itu ibu suamimu hanya guna secukupnya saja, selebihnya dibahagikan kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang tidak berkemampuan untuk saham akhirat.

Sarah membungkam dalam hati, dia sering merungut wang pemberian suaminya tidak mencukupi.

Sarah banyak membeli pakaian untuk ditukar-tukar semasa menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah. Dia tidak mahu orang tengok berpakaian sama setiap hari.

Sarah juga menjaga penampilannya dengan merawat wajah dan tubuhnya mengunjungi spa.

Berkumpul dan beramah mesra dengan rakan-rakannya di restoran atau cafe, kemudian berjalan-jalan di pasaraya, kalau tak membeli pun hanya 'window shooping'.

Dalam hidupnya hanya nak bergaya dan popular, langsung tak ingat saham akhirat.

Sarah menyesali sikapnya yang tidak mahu berbaik-baik dengan ibu mertuanya yang hanya menjual goreng pisang yang telah berjaya;
  • Menjadikan suaminya seorang sarjana.
  • Mendapat kerja yang di impikan ramai orang.
  • Berjaya berdikari, hingga Sarah boleh menduduki rumah yang besar dan selesa dengan kereta Merz yang agak mewah.
"Ayaaah, maafkan Sarah", tangis sarah meletus.

Ibunya yang sejak tadi membisu memeluk Sarah.

"Sarah, kembalilah kepada suamimu, dia orang baik, bantulah suamimu berbakti kepada ibubapanya dan kami. Bantu suamimu mencapai syurga dan dengan sendirinya, ketaatanmu kepada suamimu boleh ke syurga.

Ibunya membisikkan kalimat itu ke telinga Sarah.

Sarah hanya menjawabnya dengan anggukan, dia menahan tangisnya. Bathinnya sakit, menyesali sikapnya.

Dia pun pulang mendapatkan suaminya dan sambil menangis memohon maaf atas buruk sangka selama ini.

Dia ajak suaminya segera pergi menemui ibu mertuanya untuk memohon maaf atas ketelanjurannya selama ini.

Suaminya menitiskan air mata menatap isterinya yang selama ini agak sombong dan sering muncung bila diajak pulang ke rumah mertuanya.

Suaminya mendapati isterinya telah membeli banyak barang keperluan dapur, sedangkan mereka baru saja berbelanja.

Antara yang dibeli seperti susu, telur, biskut, sardin, beras Serindit dan berbagai lagi termasuk 5 botol minyak masak yang 5 liter setiap 1.  Isterinya beritahu semua itu untuk dibawa kerumah mertuanya, ibu kandung lakinya.

Air mata suami bercucuran bukan kerana barang-barang keperluan dapur, tapi kerana perubahan isterinya yang senang dan nampak ikhlas hendak menemui ibu mertuanya yang selama ini dipandang hina.

Seterusnya Sarah berjanji dalam hatinya, untuk menjadi isteri yang taat pada suami.

Sesekali, Sarah bukan mengajak suaminya ke pasaraya tapi mengunjungi mertuanya dan ibubapanya dgn membawa apa-apa buah tangan.

Kadang-kadang tu makanan dan buah-buahan yang mahal yang tiada di kampung, yang jarang sekali mertua dan ibubapanya merasai seperti prunes, anggur, KFC, pizza, mentega dan seumpamanya. Selama ini mereka nikmati itu semua tanpa ingat orang tuanya yang hanya makan roti kering dan makan nasi dengan ikan kering dan pucuk ubi cicah budu, sambal belacan, cincalok dan tempoyak.

Kirimkan kisah ini ke semua sahabat anda, siapa tahu ada orang yang mahu ambil manfaat dan pengajaran darinya, sehingga anda pun dapat pahala 😭😭😭

@sahabat syurga@ ðŸ’—💗💗💗💗 💗

---------------------------------------------------


ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA.. 

Ada sebuah kisah, ada seorang suami yang menangis sedikit teresak di sisi sahabatnya. 
Lalu sahabatnya bertanya "Kenapa kau menangis ?"

Suami itu menjawab "Isteri aku sedang demam".
Sahabatnya bertanya lagi "Seberapa hebat sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam sahajapun engkau sudah menangis seperti ini".

Suami itu menjawab lagi "Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana.."

Dia pun mula menceritakan,
"Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik awal"

"Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari.."

"Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya, memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada.."

"Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana.."

Ibu mertua aku menjawab,
"Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang"

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah,
"Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu".

"Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan".

"Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak". 

"Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian".

Isteri aku menjawab,
"Ku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya". 

Sumber : Ustaz Uthman Daud

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...