Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 13 June 2019

Ucapan sempena ulang tahun kelahiran yang ke 37 tahun

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam Jumaat semua


Printscreen dari facebook saya


Alhamdulillah, amin.  Genap 37 tahun sudah umur saya tahun ini...

Alhamdulillah, amin. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir kepada saya kali ke 37 tahun (04 Jun 1982).

Pada tarikh yang istimewa ini, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang tercinta Umi Kalthum Bt. Ismail kerana telah selamat melahirkan saya pada 37 tahun yang lepas. Alhamdulillah, amin. Terima kasih, mak ! dan Terima kasih, abah !

Terima kasih juga kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff, anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl). Alhamdulillah, amin usia perkahwinan kami telah mencecah usia 10 tahun kini.

Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada semua rakan-rakan saya di Facebook (ramai yang ucapkan selamat hari lahir dalam Facebook Story, tak sempat nak tengok semua. huhuhu) dan juga rakan-rakan dalam group WhatsApp. Terima kasih, semua !

Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesilapan ataupun kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat handai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Saya memohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.

Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, iaitu pada mereka yang menzahirkan ucapan hari lahir saya secara mesej peribadi, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada anda semua. Terima kasih daun keladi. In Shaa Allah, aamiin. Panjang umur kita jumpa lagi....


Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'

Khas untuk semua pembaca setia blog saya, Mencari Keredhaan-Mu, Ya Allah, Ya Tuhanku...

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih mengikuti blog saya secara terus (blogger.com) ataupun tidak secara terus (melalui enjin pencarian di internet) sehingga kini...Alhamdulillah, amin...Anda boleh rujuk seperti gambar dari bawah.


Seperkara lagi, saya kehilangan sebahagian besar pembaca setia saya daripada sistem Google +. Oleh itu, yang masih kekal membaca di blog saya hanya sekitar pelayar-pelayar internet biasa sahaja. Ini adalah satu kehilangan besar buat diri saya daripada anda di sana.

Selain itu, di sini saya ingin berkongsi sedikit info kepada anda semua. Tahun 2019 adalah tahun-tahun mencabar dan disebabkan kepentingan untuk berkongsi maklumat yang lebih pantas, saya bertukar penyampaian maklumat daripada blog kepada sistem telegram. Anda boleh ikuti saya dalam telegram seperti di bawah ini.


Kempen Beli Produk Islam


Pada fikiran saya, sejak meletusnya Isu ICERD dan kebangkitan Melayu Islam pada tarikh 08 Disember 2018 yang lepas, kini saya mula bergerak dalam sistem aplikasi telegram dan juga WhatsApp. In Shaa Allah, aamiin. Sekiranya ada kelapangan, saya akan kemaskinikan info di dalam blog saya dengan artikel-artikel yang saya baca dengan maklumat yang lebih tepat dan padat. Aamiin

Sekiranya ada di antara isi kandungan di sini ada yang membuatkan anda tidak selesa untuk membaca sehingga tamat, maafkan saya....'Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan'. Segala komen, cadangan dan penambahbaikan daripada anda semua amat diperlukan untuk memantapkan lagi isi kandungan blog ini untuk terus relevan sepanjang masa dan zaman.

Akhir sekali,

Saya amat berbesar hati untuk ruangan info di sini http://normanhafizi.blogspot.my/2014/02/alamat-bengkel-kereta-melayu-bumiputera.html yang diterbitkan sejak 28 Februari 2014 kerana masih lagi mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang melayarinya di sini. Sehingga kini, (rujuk gambar di bawah)


81368 views daripada statistik di blog saya dengan 63+ dari google dengan 1 komen daripada anda

Setiap hari post entry saya di sini setiap hari adalah yang paling tinggi untuk post Alamat Bengkel Kereta Melayu Bumiputera, pelayarnya khas dari Malaysia !

Buat anda semua, pada akhir kata,

Salam silaturahim di hari terakhir Syawal 1439H...
.. *Buat keluarga*

Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya

.. *Buat Yang Tersayang*

Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu

.. *Buat Kawan-Kawan*

Maaf Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak sengaja

.. *Buat Sahabat*

Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah

.. *Buat Yg X Sependapat*

Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu

.. *Buat Yg Sayang Pd Saya*

Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..

.. *Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya*

Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar...

.. *Buat Yg X Kenal Saya*

Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Dekat Contact anda...

Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya
Taqabbalallah..

*MAAF ZAHIR DAN BATIN*💕😘💋
Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin 1439H/2018M daripada saya untuk anda semua.
Sekian. Terima Kasih ! Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...