Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 29 April 2019

Luahan penyesalan anak-anak muda...

Sir azri,
Izinkan saya juga ingin meluahkan rasa sedih, kecewa dan 1001 penyesalan diatas kekhilafan perbuatan saya pada PRU yang lalu.
Waktu itu, umur saya 23 tahun. Buat pertama kalinya, Saya layak untuk mengundi dan memilih pemimpin negara. Saya datang dari keluarga yang true UMNO. Yes, semangat dan jiwa memang " Pure " UMNO. Akal didoktrin dengan perjuangan-perjuangan UMNO sejak dahulu oleh ayah dan ibu saya. Tetapi dek kerana ketika itu wujudnya sifat anak muda yang mahukan kelainan dan kononnya perubahan, saya nyatakan sokongan penuh dan undi calon PH pada PRU itu. Fitnah-fitnah dan janji memerangkap saya ke lembah dusta dan penuh hina. Semangat yang membakar serta jiwa egois remaja belum matang yang memberontak, Saya hidupkan gerakan dan jentera PH ditempat saya. Bakar adrenalin dan semangat rakan-rakan. Hasut dan sebarkan dakyah-dakyah celaka Pakatan Harapan ketika itu. Btw, Saya mengundi di dun changkat jering dan parlimen bukit gantang, perak. Kampung dan mukim sekitar saya adalah kawasan majoriti UMNO dan PAS. Saya tryhard hidupkan jentera PH yang tak pernah wujud sejak dulu di tempat saya. Gerakan dihidupkan sekumpulan anak muda, saya dan rakan-rakan. Semuanya bernafsu dahagakan perubahan. Kononnya ketika itu, semua mahu tumbangkan "rejim najib". Kami anak muda berdiri dibalik syaitan dan rejim sebenar, Pakatan Harapan. Jiwa saya penuh dengan garis-garis ego. Kononnya saya anak muda yang bijak dan berwibawa dalam dunia politik. Padahal masih mentah tak ubah seperti jagung yang baru disemai benih 2 purnama. Segala perasaan sombong dan berlagak seperti tahu segala-galanya sangat menebal. Kononnya mahukan perubahan!

" IR! Nanti kalau dah menang, Jangan lupakan kami yang bermati-matian berjuang untuk kamu! " - bentak saya selamba kepada calon adun changkat jering, IR megat dari parti amanah.Hari bersejarah semakin hampir. Saya berkempen siang dan malam untuk mereka seperti tiada hari esok. Pacak bendera, pasang banner dan bunting fitnah adalah tugas saya. Tanpa meminta sebarang ganjaran, kami jalankan tugas dengan baik. Kami dipandang sebelah mata oleh orang kampung, Tak kurang juga diperli dan disinis oleh jemaah PAS yang berada dihadapan pondok jentera PH. Disajikan perang psikologi yang solid dari jemaah PAS.
Ya saya akui, perbuatan saya dan rakan-rakan agak sedikit keterlaluan. Tidak menghormati perjuangan orang-orang tua yang berpecah peluh melawan dan menyekat ideologi yang dibawa DAP dan kroni yang lain. Yelah, dah berani bukak pdm jentera dikawasan yang penduduknya secara total anti-DAP. Belum kira lagi yang masam mencuka sesama orang kampung, Tak bercakap dengan mak ayah. Berani buka jentera dan pondok panas ditempat lahirnya pahlawan-pahlawan pure umno dan pas. Tak pernah wujud walau sebiji pondok panas jentera Pakatan harapan dari zaman generasi pertama dahulu.
Kini, saya baru sedar dan celiknya mata akal betapa besarnya jasa-jasa DSNR yang diberikan semasa pemerintahan beliau. Kami dengan sedikit darah anak muda yang memberontak, tewas difitnah oleh sang celaka harapan ketika itu.
Point utama dia kat sini sir, Saya menyesal sebab saya dah kecewakan diri sendiri, saya kecewakan mak ayah saya dan saya kecewakan seluruh rakyat malaysia yang menjadi mangsa kerakusan kerajaan baharu. Mata menjadi saksi maruah agama dan bangsa direntap oleh si celaka pengkhianat negara. Saya sedar saya umpama si kitol dan raja mendeliar yang berpaling tadah serta belot pada bangsa sendiri suatu ketika dahulu.
Selepas 5 bulan pasca peralihan kerajaan, dalam kegembiraan saya meraikan kemenangan sang celaka PH, saya tersentak dengan apa yang sedang berlaku. Saya mulai lihat satu demi satu pengkhianatan, penindasan dan penuh penipuan busuk kepada agama dan bangsa saya oleh pakatan harapan pimpinan Tun M dan sekutu dalang boneka, DAP. Jiwa terbungkam kelu saban hari. Bagaikan tidak percaya, saya menelan janji-janji manis dan fitnah pakatan harapan.
Alhamdullilah, titik mata hati saya diterangi cahaya jiwa penyesalan dan kecewa. Saya tekad untuk berhenti menyokong kerajaan PH kurang 5 bulan dari tarikh kerajaan baru mendapat mandat. Disini adalah titik permulaan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang mengkhianati UMNO tempoh hari, kami berazam serta berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada UMNO & BN dan PAS serta dato seri najib razak dan pejuang bangsa-bangsa yang lain.
Paling saya terkilan sebab saya kecewakan mak ayah. Kecilkan hati mereka. Kecewakan rakyat malaysia dan kecewakan bangsa saya sendiri. Cukup memberi kesan hitam dalam kehidupan saya. Saya terperangkap dengan bayang khilaf sendiri. Ya, Saya adalah pengkhianat bangsa. Menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf kepada semua yang menjadi mangsa rejim pakatan harapan. Andai masa itu boleh diputar semula, Jauh dilubuk jiwa yang paling dalam ini semahunya saya betulkan nakhoda dan armada diri yang dahulunya tersasar jauh dari garis lautan.
- Pena Nukilan ini ikhlas lubuk jiwa yang paling dalam dan jiwa-jiwa yang masih berparut kesan hitam angkara fitnah-fitnah, janji dan dakyah gelap pakatan harapan.
-Dari John Danielism dan rakan seperjuangan yang terlanjur kekhilafan. Salam ukhwah.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...