Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 26 April 2019

Avengers: Endgame


Sneak Preview - Avengers : Endgame
  1. Benda biasa : Watak cameo Stan Lee (penampilan khas terakhir mendiang sebelum dia meninggal dunia).
  2. Benda luar biasa : Filem ini banyak menceritakan hari-hari terakhir ataupun boleh diperkatakan hari-hari persaraan (mungkin juga sebab berjaya mengalahkan watak antagonis - Thanos).
  3. Benda tak boleh jangka : Ada 2 watak yang akan ditamatkan dalam siri filem ini. (kena tonton filem baru tahu). Hasilnya agak mengecewakan (sedih) kepada peminat 2 watak ini...hmmm...
  4. Benda tak harap masuk dalam filem : Ada kesinambungan daripada filem-filem terdahulu (The Avengers, Avengers : Age Of Ultron dan Avengers : Infinity War - ini filem utama) malah termasuk juga daripada 22 filem Marvel Cinematic Universe (MCU) yang lain-lain. Filem ini khas untuk peminat komik dan filem-filem keluaran Marvel.
  5. Benda motivasi dalam hidup : Kita tak boleh nak ubah perkara yang telah berlaku sebab ia memang dah ditakdirkan berlaku dalam hidup kita. Yang boleh kita teruskan ialah tanggungjawab yang ada pada kita sebaik mungkin sebelum kita dipanggil menghadap ilahi....
    P/S : Biarlah mereka menangisi pemergian kita, asalkan kita bahagia bertemu dengan Sang Pencipta Yang Maha Esa...Aamiin...
  6. Benda yang tak sesuai dalam filem ini : Kanak-kanak bawah 13 tahun tak sesuai tengok kecuali dibimbing oleh ibu bapa.  Akhir sekali...
  7. Benda unik tapi tak beberapa sesuai : Idea tentang Kuantum Fizik (Quantum Physics) itu satu perkara yang menarik untuk dipanjangkan daripada sudut ilmiah, akan tetapi apabila ia jadi satu subjek utama yang boleh mengubah masa lepas dan perkara yang telah berlaku itu adalah perkara yang melampaui pemikiran manusia biasa. Apa yang pasti, Allah telah pun berfirman dalam al-Quran : Surah Al 'Ashr (Demi Masa) dan sila tonton video yang dilampirkan seperti bawah :-


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani
  1. Demi Masa 
  2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar kerugian 
  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati agar mentaati kebenaran dan saling menasihati menetapi kebenaran

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...