Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 25 March 2020

Empat perkara yang patut dijadikan keutamaan...

Empat perkara yang patut dijadikan keutamaan kerajaan PN:

1. Rangkaian bekalan makanan dan barangan keperluan asas tidak boleh putus.

- ini termasuk topeng muka, sanitizer, PPE, alat bantuan pernafasan dan ubat. Selain mendapat komitmen bekalan dari pengeluar dalam dan luar negara, kita patut galakkan kilang-kilang tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barang-barang ini yang banyak bergantung kepada import.
- Jika krisis dunia bertambah teruk, kita akan mengalami persaingan hebat dan kesukaran untuk mendapati barang-barang ini. 
- Masa itu tiada jaminan kita akan dibekal walaupun kita tawarkan harga lagi tinggi. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara-negara lain kerana ada kemugkinan mereka akan mengharamkan eksport jika situasi bertambah teruk.

2. "Get money into the people's hands immediately."

- Bagi menyelematkan ekonomi negara serta menjamin kelangsungan hidup golongan paling terjejas, kerajaan mesti memberi bantuan kewangan yang mencukupi melalui pelbagai cara.
- ini termasuk meningkatkan dan memperluaskan bantuan BR1M, membenarkan pengeluaran dari akaun KWSP serta bantuan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja, peniaga kecil yang terpaksa tutup dan pekerja bergaji harian seperti pemandu Grab dan pemandu teksi.
(Kembalikanlah juga BR1M bujang bagi mereka di bawah umur 40 tahun. Hapuskan dasar tak masuk akal PH untuk hanya bantu bujang berumur 40 tahun ke atas)
- Pada masa ini, kerajaan tidak boleh kedekut lagi. Ini dah jadi matter of survival untuk negara.
- Naikkan lagi peruntukan bagi projek-projek kecil yang boleh dilaksanakan serta-merta. Pastikan proses pemberian projek ini adalah amat cepat dan bayaran untuk projek ini tidak lambat.
- Jika sekadar menurunkan kadar faedah bank berkali-kali seperti yang dilaksanakan oleh rejim gagalkrasi PH pun tak guna. Siapa nak beli kereta, beli rumah atau melabur dalam bisness baru jika Covid belum dapat dikawal dan orang ramai tak ada duit untuk belanja?
- Jika PM ke-7 masih nak putar belit; dan hinakan saya lagi dengan dasar "cash is king" itu pun, saya tak peduli lah. Sebab memang pada masa ini, cash is king kerana kitaran wang dalam ekonomi tidak boleh berhenti.

3. Test, test and test. Lepas itu, kuarantin jika perlu.

- kapasiti dan usaha saringan mesti dipertingkatkan. Saya difahamkan bahawa KKM sudah pun merancang untuk meningkatkan jumlah saringan harian dari 3,500 sehari ke lebih 10,000 sehari.
- Namun, kapasiti ini masih tidak mencukupi kerana 10,000 sehari bermaksud 300,000 ribu orang sebulan sahaja ataupun 1% daripada jumlah penduduk Malaysia
- lebih ramai dan lagi laju kita mampu saring, lagi cepat kita dapat menghalang Covid untuk merebak.
- Suruh atau runding dengan rangkaian perubatan swasta serta syarikat insurans yang mengendalikan MySalam untuk membiayai secara penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan untuk memberi ujian percuma kepada mereka yang percaya telah terdedah kepada risiko Covid.  Kos ujian yang perlu ditanggung oleh rakyat sebanyak RM700 seorang tak masuk akal. Bagaimana golongan B40 mampu bayar?
- Ini bukan masa untuk syarikat-syarikat swasta untuk mengaut keuntungan lebihan.

4. Usaha untuk menggalakkan orang ramai yang percaya mereka terdedah kepada risiko Covid untuk menjalani saringan atau dikuarantinkan perlu ditingkatkan dan diperluaskan.

- Mereka perlu disanjung sebagai hero bila mereka berani tampil ke depan untuk diuji dan dikuarantin. Bukan dihina dan maklumat peribadi mereka ditularkan.
- Jika mereka disahkan pernah ada kontak rapat dengan mereka yang didapati positif Covid, mereka perlu dikuarantikan 14 hari secara mandatori juga walaupun ujian pertama mereka didapati negatif.
- kerajaan perlu memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki untuk dikuarantin akan dibantu dari segi bekalan makanan atau kewangan dalam tempoh itu.
- Individu-individu yang tahu bahawa mereka pernah ada kontak rapat dengan orang yang disahkan positif juga perlu jujur dan jangan melawat klinik atau swasta untuk dirawat jika mereka jatuh sakit.
- Sebaliknya, mereka perlu berhubung dengan KKM. KKM akan mengatur rawatan pakar kepada mereka mengikut SOP.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...