Saya tahu dan faham ramai yang akan dukacita dan bertambah risau bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan 2 minggu lagi ke 14 April.
Namun percayalah kamu bahawa krisis yang sedang dihadapi oleh negara pada masa ini adalah sangat luar biasa dan tidak pernah dihadapi oleh negara sejak negara kita Merdeka.
Saya percaya juga bahawa kerajaan PN tiada pilihan lain dan terpaksa melanjutkan tempoh PKP ini walaupun mereka sedar bahawa cabaran yang dihadapi oleh Rakyat dan ekonomi kita tidak kurang besarnya.
Saya juga percaya bahawa ada kemungkinan bahawa tempoh PKP ini boleh dipendekkan jika situasi Covid dan jumlah kes harian menunjukkan kemajuan yang lebih baik dari apa yang diramalkan kerajaan.
Memandang perlanjutan PKP ini, kerajaan PN perlu mempersegerakan pakej rangsangan ekonomi yang dijangka hanya diumum 5 hari lagi pada 30 Mac dan meningkatkan usaha untuk memastikan kitaran wang dalam ekonomi serta bekalan makanan dan barangan asas tak putus.
Jika boleh, jangan tunggu hingga 30 Mac untuk diumumkan sekaligus.
Umumkan bantuan sebaik sahaja ianya telah dipastikan dan diluluskan.
Pada 30 Mac, kerajaan PN masih boleh kumpul dan ulang semula apa yang pernah diumumkan pada hari-hari sebelumnya dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi hari itu.
Sekali lagi, saya paparkan empat perkara yang patut dijadikan keutamaan kerajaan di sini:
Satu lagi langkah kerajaan yang patut diambil untuk memastikan kitaran wang dalam Malaysia tak henti dan juga untuk mengurangkan tekanan ke atas perniagaan-perniagaan dan pekerja mereka ialah kerajaan patut mempecepatkan bayaran kerajaan kepada pembekal-pembekal dan kontraktor kerajaan yang memerlukan bayaran ini untuk membayar pekerja-pekerja.
Golongan ini bukan kecil. Ramai rakyat yang akan terkesan jika bayaran lambat diterima.
Jangan sekali dibiarkan bayaran ini menjadi lewat walaupun saya tahu ramai staf kerajaan yang mungkin terkesan oleh larangan pergerakan dan ini mungkin menjadi satu rintangan untuk memproseskan bayaran.
Cari jalan untuk mempercepatkan proses bayaran kerajaan.
Wang ini memang patut dibayar pun. Cuma tengok masa untuk dibayar.
(Jangan bimbang ada kemungkinan berlakunya salah bayar kerana kerajaan masih boleh ambil tindakan selepas krisis Covid berakhir. Pihak yang disalah bayar tak lari ke mana.)
Langkah mempercepatkan bayaran ini tidak perlu lulusan atau pindaan kepada bajet negara kerana ini bukan bajet tambahan atau peruntukan baru.
Cuma perlu kerajaan lebih peka kepada impak dari perkara ini.
No comments:
Post a Comment