Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 19 March 2020

Solat Zohor Hari Jumaat Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Soalan Pertama :

SOALAN

Assalamualaikum ustaz.. Saya nak tanya tanya.. Biasanya kan kalau kita tak solat Jumaat. Kita perlu solat Zohor lepas orang siap solat Jumaat kan. Macam mana pula yang akan berlaku hari Jumaat ini?? Perlu ke orang lelaki Solat Zohor pada waktu yang kita anggar orang dah siap Solat Jumaat.. Contohnya pukul 2 siap solat Jumaat. Jadinya perlu solat zohor mula dari pukul 2.. Terima kasih USTAZ.

JAWAPAN

Waalaikumussalam

1. Seorang yang diwajibkan solat Jumaat, HARAM atasnya mengerjakan Solat Zohor. Malahan TIDAK SAH Solat Zohornya sekiranya dilakukan Solat Zohor itu sebelum selesai orang melakukan Solat Jumaat, kerana kewajipannya adalah mendirikan Solat Jumaat bukan Solat Zohor.

Didalam kitab المجموع شرح المهذب 4/497 ada menjelaskan :

قَالَ أَصْحَابُنَا مَنْ لَزِمَتْهُ الْجُمُعَةُ لَا يَجُوزُ أَنْ يُصَلِّيَ الظُّهْرَ قَبْلَ فَوَاتِ الْجُمُعَةِ بِلَا خِلَافٍ لِأَنَّهُ مُخَاطَبٌ بِالْجُمُعَةِ ... وَاتَّفَقَ الْأَصْحَابُ عَلَى أَنَّ الصَّحِيحَ بُطْلَانُهَا.

"Berkata Ashab kami ( Ulama Mazhab Syafie) : Mereka yang wajib solat Jumaat, tidak harus dia mengerjakan solat Zohor sebelum terlepas Jumaat. Hukum ini tidak ada khilaf, kerana sesungguhnya dikhitabkan kepadanya solat Jumaat... Malahan Ashab kami sepakat mengatakan bahwa yang sahihnya ialah batal solat itu."


2. Berbeza dengan orang yang tidak wajib atasnya Jumaat. Maka tidak disyaratkan solat Zohornya itu dikerjakan sebelum selesai orang ramai melakukan solat Jumaat.

Bahkan apa yang lebih afdhal bagi orang yang uzurnya tidak diharapkan hilang sehingga habis waktu Jumaat adalah dikerjakan solat zohornya itu pada awal waktu agar ia dapat memperolehi fadhilat solat di awal waktu.

Didalam kitab بشرى الكريم شرح المقدمة الحضرمية 1/385 ada menjelaskan :

أمَّا من لا يرجو زوال عذره كالمرأة والزمن .. فيسن له -حيث عزم أن لا يصلي الجمعة- تعجيل الظهر لأول وقتها؛ ليحوز فضله.

"Adapun mereka yang keuzurannya tidak diharapkan hilang, seperti perempuan dan orang yang lumpuh, ketika mana dia telah bertekad untuk tidak solat Jumaat maka disunatkan  baginya menyegerakan solat Zohor pada awal waktu, supaya memperolehi kelebihannya."

KESIMPULAN

Apa yang lebih Afdhal bagi kita esok adalah solat fardhu Zohor di awal waktu tanpa perlu menunggu berlalunya waktu selesai solat Jumaat.

والله أعلم بالصواب

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

Soalan Kedua :

Soal jawab agama bersama SS Mufti Terengganu pada 20/03/2020

#soalan ke-70

HARUS SOLAT ZOHOR AWAL WAKTU GANTI JUMAAT DI SAAT COVID 19

Soalan:

Apakah wajib dilewatkan solat zohor sekadar anggaran telah selesai solat jumaat pada adat? Ini bagi orang tidak solat jumaat sebab COVID 19.

Jawapan:

Orang yang wajib solat Jumaat serta tiada uzur, kalau tidak hadir solat Jumaat dan digantikan zohor, maka solat itu tidak sah kalau ditunaikan sebelum selesai solat Jumaat. Inilah pandangan imam Syafie dalam Qaul Jadid. Orang ini adalah berdosa dan perlu bertaubat.

Berkata Ibnu Qudamah dalam al-Mughni:

مَنْ وَجَبَتْ عَلَيْهِ الْجُمُعَةُ إذَا صَلَّى الظُّهْرَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ الْإِمَامُ الْجُمُعَةَ، لَمْ يَصِحَّ، وَيَلْزَمُهُ السَّعْيُ إلَى الْجُمُعَةِ إنْ ظَنَّ أَنَّهُ يُدْرِكُهَا؛ لِأَنَّهَا الْمَفْرُوضَةُ عَلَيْهِ........وَهَذَا قَوْلُ مَالِكٍ، وَالثَّوْرِيِّ، وَالشّافعي في الجديد.

Maksudnya:

Orang yang wajib solat Jumaat lalu ia solat zohor sebelum imam solat Jumaat, tidak sah solat zohornya. Wajib ia pergi solat Jumaat kalau ia sangka ia sempat berjumaat kerana solat Jumaat fardhu atasnya......ini adalah pandangan Malik, Al Thauri dan Al Syafie pada Qaul Jadid

Oleh kerana ada keuzuran untuk tidak menunaikan solat Jumaat di masa wabak COVID 19 ini, maka tidak wajib menunggu kadar yang disebutkan dalam soalan bagi solat zohor. Bahkan afdal solat zohor ditunaikan sebaik sahaja sesudah azan macam hari-hari lain juga. Inilah yang difahami dari kitab al Majmu' karangan al Nawawi.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...