Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 7 April 2020

2020年3月14日 - MELAWAN SERANGAN PANIK.

2020年3月14日 - MELAWAN SERANGAN PANIK.

Ini pemandangan sewaktu pulang dari farmasi dimana saya berjalan kaki utk ada ‘good bowel movement’ atas nasihat doktor.

Sekitar 2-3 minggu lepas saya mengalami constipation yang entah apa sebabnya, mungkin kekurangan zat makanan. Minggu ini pula tiba-tiba diserang panik sewaktu tidur lalu saya libang libu tak dapat tidur sepanjang malam. Sampaikan terpaksa menelefon ambulans sebab tak tahu nak cakap dengan siapa. Setelah pihak ambulans cek, mereka nasihatkan untuk ke klinik saja esok pagi memandangkan tak ada hal-hal yang serius. Keesokannya saya ke klinik dibawa oleh teman menaiki keretanya.

Lepas ke klinik kami lepak makan di restoran Joyfull, dengan panjang lebar kami berbincang masalah dan cabaran sepanjang pengajian PhD di sini. Dia juga mengalami hal yang sama, mendapat serangan panik baik waktu berseorangan atau ketika anak dan isteri bersama.

Saya fikir serangan panik adalah syaitan yang bersembunyi dalam semak. Dia menunggu peluang untuk memulakan langkah dan bertubi-tubi menyerang lawannya sehingga parah. Baik tua atau muda, semua mempunyai kebarangkalian untuk dihinggapi syaitan jenis ini. Silap gaya, boleh juga dia memorak perandakan hubungan sesama manusia.

Dua tahun lepas sewaktu awal saya tiba di Hiroshima juga diserang panik waktu menonton filem ‘Rampage’. Menggigil seperti Jibril turun membawa wahyu, cuma waktu itu rasa seperti menerima jemputan malaikat maut diiringi lagu-lagu kugiran Death ‘Sound of Perseverence’.

Tapi agaknya itu lah cabaran-cabaran dalam mengadap PhD ni. Saya fikir mungkin lebih ramai yang lebih teruk dari saya. Maka jika ditanya apa pengajaran yang saya dapat dari pengalaman ini, saya boleh katakan, dampingilah diri dengan sistem sokongan yang baik. Rapatlah dengwn komuniti sekeliling, supaya jika ada hal-hal kecemasan, anda tahu siapa nak berhubung.

Selamat malam, Saijo. Terima kasih atas tunjuk ajar minggu ni.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...