Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 April 2020

Apakah itu Bitcoin?

Apakah itu Bitcoin?


Ramai orang percaya bahawa Bitcoin menjadi sangat rumit, padahal sebenarnya ia jauh lebih mudah dan intuitif daripada yang difikirkan oleh kebanyakan orang. Siri ini bertujuan untuk membantu semua orang memahami asas-asasnya, dan dari masa ke masa juga memberikan peluang pembelajaran lebih lanjut bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.

Mungkin sesetengah daripada kita telah pun mengetahui mengenai Bitcoin dan segelintir juga masih belum kenal dengan lebih tepat sehinggakan boleh menimbulkan kekeliruan. Bitcoin adalah teknologi baru dan tidak seperti yang pernah kita lihat sebelum ini. Maka, pencerahan yang terbaik mengenainya ialah Bitcoin digunakan untuk :

Pertama, Bitcoin membolehkan anda memindahkan wang dengan mudah kerana Bitcoin juga berfungsi sebagai sistem pembayaran yang sama seperti pemindahan antara bank ataupun kad kredit malah ianya lebih baik lagi.

Kedua, sebahagian daripada kita merujuk Bitcoin adalah sama seperti emas - 'emas digital' atau 'Emas 2.0'. Ini adalah kerana mereka memikirkan bahawa ianya seperti menggunakan emas untuk wang, kecuali perbezaannya ialah transaksi perjalanan menjadi lebih begitu mudah dan pantas.

Ketiga, Bitcoin adalah seperti penggunaan internet di mana tidak sesiapa pun sama ada orang perseorangan ataupun entiti yang mengendalikannya. Oleh itu, siapa saja pun boleh menggunakannya seperti yang anda suka tanpa sebarang halangan dan rintangan. Ini telah memberikan beberapa ciri yang sangat unik kepada penggunaan Bitcoin.

Ketiga-tiga ciri ini juga menguatkan antara satu sama lain, sehinggakan semuanya melengkapi dan terhubungkait secara fakta. Akan tetapi, untuk bahagian yang seterusnya Bitcoin ini  akan menjadi lebih mantap lagi dari segi kaedah penggunaanya. Pada ketika ini, anda boleh bayangkan dengan anda masukkan semua ramuan yang ada untuk membuat sebuah masakan seperti tumis bawang, sayur-sayuran, daging dan perencah masakan. Maka hasil yang terhidang daripada masakan itu adalah makanan iaitu - Bitcoin!

Sumber :

Discovered on Luno.com

Artikel Asal :

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...