Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 13 May 2020

AGAKNYA SAMA TAK PERISTIWA 13 MEI...

AGAKNYA SAMA TAK PERISTIWA 13 MEI DAHULU BERLAKU PADA MASA ZAMAN SEKARANG.

Tersenyum saya di warung kopi tadi melihat beberapa orang anak muda bersemangat sekali ingin peristiwa berdarah 13 Mei berulang kembali, kerana tidak puas hati terhadap bangsa pendatang menindas dan menghina agama Islam.

Sambil saya menikmati kopi O panas dan tersenyum mendengar perbualan beberapa orang anak muda Melayu, tanpa di sangka salah seorang dari mereka mengenali saya, lalu semua anak muda itu bersalaman dengan saya setelah mereka mengetahui saya adalah Ustaz Rosdi.

Maka banyaklah pertanyaan dan persoalan diajukan kepada saya, dan semuanya di jawab dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya ketahui.

Tiba-tiba ada seorang anak muda yang berumur lingkungan hampir tiga puluhan  berkata beliau amat membenci bangsa pendatang kerana kurang ajar mereka terhadap bangsa dan agama dan ingin peristiwa berdarah 13 Mei berulang kembali.

Sekali lagi saya tersenyum sambil bertanya,

"Adik kenal ilmu PENINGBO, KIPAS NANDUNG, ISIN BUDUH, IBU GAYUNG, RAIB SENAFAS, KEBAL SEHARI, PENYALAH PELURU" dan macam-macam lagi ilmu yang saya sebutkan, tetapi tiada satu ilmu pun mereka kenal dan apatah lagi mempelajarinya.

Saya hanya berkata kepada anak muda  tidak cukup hanya bersemangat sahaja untuk berperang, kerana itulah ilmu orang-orang tua terdahulu semasa berlaku peristiwa berdarah 13 Mei dahulu.

Adalah lebih baik kamu menjaga keharmonian negara yang ada sekarang daripada belaku peristiwa berdarah dan penuhkan ilmu di dada sebelum pekara tidak diingini berlaku.

Sesungguhnya orang-orang Melayu dahulu penuh dengan ilmu dan persilatan, tetapi Melayu hari ini ???? Nak belajar kata semuanya sesat sebab Nabi tak buat, jadi bersediakah anda untuk menghadapi lagi peristiwa berdarah???

Itulah nasihat saya kepada anak muda itu sebelum saya berlalu pergi.

- Ustaz Rosdi πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’Ÿ✌

Rakaman dalam bentuk format video selepas Tragedi Berdarah 13 Mei 1969

#Petikan #TakPayahKomen #info #motivasi #pejuang #islam

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...