Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 16 May 2020

...Demi Zat-Mu Yang Maha Suci

Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku (Demi Zat-Mu Yang Maha Suci)


Gambar 1 : Kalimah Allah s.w.t.

SABTU, 23 Ramadhan 1441H / 16  May 2020

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ*  *ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*

Hadis Rasullullah s.a.w.

MELIHAT ALLAH

(Hadis Riwayat Muslim) Dari Abu Dzar r.a katanya:

"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW Adakah anda melihat Allah?

Jawab baginda:

"Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya? Terkadang manusia merasa bahawa matanya dapat melihat segala-galanya dan lupa bahawa mata itu terbatas dan amat peka untuk mengalami kerosakan.

Seperti Bani Israil yang pernah meminta syarat untuk beriman kepada Allah dan rasul-Nya.Dan ingatlah, ketika kamu berkata :

"Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya". (al-Baqarah : 55) 



Gambar 2 : Surah Al-Ikhlas

Nabi Musa pula pernah meminta kepada Allah. Berkatalah Musa : 

"Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatmu. Allah berfirman : Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya (seperti sediakala) nescaya engkau akan dapat melihat Ku".

Tatkala Allah (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka), Tajalli-Nya menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan.

Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata : 

"Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku) aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku. (Al- A'raaf :143) 

Semoga kita dapat menggunakan mata kita ini untuk mengakui Kebesaran dan Kekuasaan Pencipta.

Surah Al-Ikhlas 100 Times


بسم اللہ الرحمن الرحیم

Hadith. Usman Bin Affan (R.A) Reported :-

The Messenger Of ALLAH (صلی اللہ علیہ والہ وسلم) Said:-
"The Best Amongst You is The One Who Learn The Quran and Teaches It". (Al-Bukhari)
Sūrat al-Ikhlāṣ (Arabic: سورة الإخلاص‎, "Fidelity" or "Sincerity"), also known as Sūrat al-Tawḥīd(Arabic: سورة التوحيد‎, "Monotheism") is the 112th sūra of the Qur'an. In the early years of Islam, the surah of the Quran came to be known by several different names, sometimes varying by region.[1] This sūra was among those to receive many different titles. It is a short declaration of tawhid, God's absolute oneness, consisting of four ayat. Al-Ikhlasmeans "the purity" or "the refining".

Recited:- Sheikh Saud Ash Shuraim Video Editor:- Ali Raza

TAZKIRAH

INFAQKANLAH SEBAHAGIAN REZEKIMU

Firman Allah s.w.t.

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡۤا اَنۡفِقُوۡا مِمَّا رَزَقۡنٰكُمۡ مِّنۡ قَبۡلِ اَنۡ يَّاۡتِىَ يَوۡمٌ لَّا بَيۡعٌ فِيۡهِ وَلَا خُلَّةٌ وَّلَا شَفَاعَةٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat.

Surah Al-Baqarah : ayat 254

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن.


Wujudku BayanganMu

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...