Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 16 May 2020

PENGAKUAN IKHLAS...

Bio-data Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sabtu, 29 Februari 2020, 5:28 p.m.


Muhyiddin PM ke-8

Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Anak: 4 orang
Tarikh Lahir: 15 Mei 1947
Tempat lahir: Muar, Johor
Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

  • 1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
  • 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
  • 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
  • 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.
  • 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
  • 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
  • 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
  • 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
  • 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
  • 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
  • 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO
  • 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
  • 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
  • 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
  • 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
  • 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
  • September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
  • 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
  • 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
  • 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
  • 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan
Sumber : 

PENGAKUAN IKHLAS PENJAWAT AWAM DARI PUTRAJAYA

15hb. Mei 2020.

Saya seorang penjawat awam dari Putrajaya. Sudah berkhidmat selama 20 tahun. 18 tahun di bawah Kerajaan BN dan 22 bulan di bawah Kerajaan PH.

Saya seorang Penjawat Awam yang berkhidmat kepada Government of the Day.

Saya tidak memihak kepada BN atau pun PH.

Saya terpanggil untuk menulis di sini, apabila terbaca tulisan Tun Dr. Mahathir memanggil pemimpin politik Melayu seorang Bacul.

Tun Mahathir tidak seharusnya menggunakan perkataan yang keji sebegitu.

Saya hilang hormat terhadap Negarawan ini.

Tun Mahathir di blognya, menyatakan bahawa Orang-orang Melayu tidak perlu takut kepada parti DAP.

Lim Guan Eng dan DAP tidak mengawal Perdana Menteri, Tun Mahathir.

HAKIKATNYA :

Ketika pemerintahan Kerajaan PH, sering kali Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah menguasai Kabinet.

Sering Guan Eng membawa Kertas Kabinet Jemaah Menteri tanpa kelulusan atau dirujuk kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

Tidak percaya ? Tanya bekas KSN, Tan Sri Dr. Ismail Bakar.

Sudah tentu Kabinet Paper yang tidak mendapat kelulusan daripada KSP, bertujuan mempunyai kepentingan tertentu kepada Lim Guan Eng dan parti DAP.

Kabinet Paper dari MOF seharusnya datang dari Bahagian Dasar MOF bukannya dari pegawai-pegawai Guan Eng yang duduk di pejabat Menteri.

Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri terlalu mengikut kehendak Menteri Kewangan, Guan Eng.

DAP memainkan peranan penting di dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan termasuk perkara berkaitan dengan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sesungguhnya peralihan kuasa di antara Tun Mahathir kepada Tan Sri Muhyuddin Yassin adalah merupakan satu rahmat kepada orang-orang Melayu dan Rakyat Negara ini.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 73, PM TSMY

15hb. Mei 2020.
Semoga sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
Di doakan panjang umur dan teruskan pemerintahan ini.
Rakyat amat selesa dengan keperihatinan PM terhadap Rakyat yang susah dan memerlukan bantuan.

Salam hormat,

PENJAWAT AWAM PUTRAJAYA

Artikel berkenaan dengan isu tersebut :
Orang Melayu Tak Bacul, Kami Bangkit Ganyang DAP! | https://hussaini-tukangtulis.blogspot.com/2020/05/orang-melayu-tak-bacul-kami-bangkit.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...