Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 15 May 2020

Dokumentari Dalam Bahasa...

Rakaman Oleh Wartawan Mengenai  Dokumentari 13 Mei 1969 Dalam Bahasa Perancis


Subtitle Melayu, Video Di Rakam Oleh France Pada 13 Mei 1969

Pendapat daripada pengguna dari Facebook

Tak ada apa sangat dokumentari ni. Dia just bagitau kenapa tercetus 13 mei itu sahaja (tak detail dan ada bias wartawan tu. Seboleh-boleh nak kaitkan dengan agama). Tapi memang tipikal orang Perancis nak kaitkan semua keganasan sebab agama. Sebab itu macam tak relevan dia tanya puteri dengan Prof. Cina itu pasal agama orang Melayu dan Cina.. power puteri tu cakap Perancis.

Katanya kaum cina dah datang tanah melayu sebelum inggeris lagi. Tapi bila inggeris perkenalkan tanaman getah, orang-orang cina ni mula usahakan getah (sebab orang cina ada tanah yang diorang teroka. Dan masa itu getah mmg dapat permintaan tinggi sebab revolusi kenderaan etc). Orang cina kata nak sahaja cakap bahasa Melayu tapi diorang nak kekalkan budaya diorang. Immigrants ni dari South China majoriti orang Fujian dan Canton.

14 Mei, ikut laporan akhbar inggeris, ada 600 kematian, majoriti Cina.

Masa ini cina menguasai ekonomi, tapi nak kuasa dalam kerajaan. Melayu pula ada kuasa dalam kerajaan, nak hak dalam ekonomi pula. Sebab itu gaduh.

Kata Prof. Cina tu (tak sure siapa dia, professor betul ke atau cikgu? Sebab Prof dalam french maksud dia cikgu juga) orang cina kaya sebab dia rajin buat kerja (macam opportunist la). Tapi dia juga percaya yang semua rakyat Malaysia akan hidup aman makmur juga suatu hari nanti.

Masa ni pengaruh komunis kuat, dia hasut orang cina pasal ketuanan melayu. So orang Melayu pun triggered juga.

Bila wartawan tanya Tun Razak, possible ke kerajaan Malaysia ni dikuasai 1 kaum je? Tun Razak kata mustahil. Sebab mesti ada wakil dari ketiga-tiga kaum juga.

VoilĂ . Otai-otai yang power french tolong betulkan ye kalau ada yang salah atau tertinggal.
  1. Memang kalau penjajah tak bawa masuk immigran ni, tak akan tercetus masalah macam ini.
  2. Tapi kalau tak bawa masuk, tak ada pula orang nak kerja kat ladang-ladang dan lombong-lombong. Tak ada sumber ekonomi itu tak bolehlah nak berkembang negara kita.
  3. Hormatilah perlembagaan itu. Tak payah persoalkan. Ingat kalau kita pergi Britain senang-senang je british nak bagi kerakyatan? Kira oklah perlembagaan itu. Fair. Hidup sahaja aman damai. Orang Malaysia wajib tahu cakap bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu sahaja yang boleh tunjukkan jatidiri kita orang Malaysia. Ini bahasa dan sekolah pun tak nak bersatu tiba-tiba bab negara suruh bersatu pula.
  4. Orang yang rajin akan berjaya, orang berjaya akan menang, orang yang menang akan menulis sejarah...
Dipetik daripada tulisan di Facebook :-

Kerana rakaman Mei 13, 1969 oleh Filem Negara, Tv Malaysia  disimpan oleh Bukit Aman dan tidak pernah di tayangkan dan tunjuk kepada awam. Maka  filem dirakam oleh media Perancis yang merakam peristiwa ini pada Mei 13, 1969 boleh menceritakan keadaan sebenarnya dan apa rupanya Kuala Lumpur masa itu.. Anda tengok gambar ajalah..  siapa boleh terjemahkan.. terjemahkanlah.. sila share.

Video di dalam Bahasa Perancis :-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...