Apakah sebab sebenarnya Dr Mahathir meletak jawatan?
Ini di ceritakan oleh beberapa orang yang berada agak dekat dengan kumpulan yang mengelilingi Dr Mahathir semasa beliau menjawat kerusi PM7.
Pertamanya, hari ke sehari, minggu ke seminggu, bulan ke sebulan, mereka yang bekerja bersama atau mereka yang bekerja untuk Dr Mahathir pada waktu itu makin pudar keyakinan kepadanya di dalam mentadbir negara.
Memandangkan umurnya yang lanjut, keupayaan dan tenaga Dr Mahathir boleh di anggap sebagai mengkagumkan. Sebagai seorang yang sudah “retired”, Dr Mahathir lebih dari mampu untuk menjalankan kehidupan harian beliau sebagai rakyat biasa.
Tetapi tugas dan tanggungjawab seorang Perdana Menteri amatlah berat, bukan sahaja dari segi tenaga tetapi juga mental sehinggakan seorang yang sihat 20-30 tahun muda dari Dr Mahathir juga akan dapati sangat mencabar.
Dr Mahathir di dapati banyak lupa perkara yang telah di maklumkan kepadanya sebelum dan perlu di jelaskan sekali lagi, malah beberapa kali untuk mendapatkan keputusan.
Dr Mahathir juga tidak dapat mengendalikan isu-isu pentadbiran yang lazim dengan sebaik-baiknya kerana ini memerlukan fokus dan konsentrasi untuk meredah timbunan kertas dan fail-fail dari pelbagai kementerian dan agensi.
Dr Mahathir juga tidak rapat malah kenal pun dengan “senior civil servants” yang masih bertugas. Tambah itu pula, beliau menyimpan sentiment of distrust of the civil servants that served the Najib administration.
Beliau tidak rapat dengan tokoh-tokoh korporat yang berjiwa “nation-building” (seperti TS Wahid Omar, TS Azman Mokhtar) tetapi dengan ahli-ahli perniagaan kroninya sahaja yang ramainya bersifat oportunis.
Mana-mana mereka yang tersohor, berjiwa ikhlas untuk membina negara yang Dr Mahathir kenal dan percayai, semuanya sudah tiada di dunia lagi melainkan Tun Daim. Tetapi saya juga di maklumkan Dr Mahathir dan Tun Daim bergaduh tidak bercakap di dalam beberapa bulan terakhir kerajaan PH memegang kerajaan (wallahuallam).
Pendek kata, Dr Mahathir tidak ada sounding board yang solid untuk beliau mendapat cerita latarbelakang, pandangan, fakta dan cadangan untuk membuat keputusan yang baik di dalam tempuh masa yang di perlukan.
Sebaliknya, mengisi tempat penasihat-penasihat yang berwibawa, Dr Mahathir mengambil nasihat dan “termakan cerita” dari mereka yang kurang terpelajar dan berpengalaman (pendek kata, penyangak seperti Kadir Jasin dan Syed Saddeq).
Kita perlu ingat pemimpin-pemimpin seperti TSMY, Azmin Ali, dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PPBM berbangsa Melayu juga tidak senang melihat putar-belit DAP memudaratkan kepentingan negara, kedudukan agama Islam dan juga kaum Bumiputra. “Ini tidak boleh jadi ini”, itulah kesimpulan mereka.
Dalam keadaan yang mencabar ini, adalah juga di dapati bahawa Dr Mahathir tidak lagi mampu untuk bermain silat licik membanteras aneka permainan politik dan pentadbiran yang di lontarkan berdas-das dari pihak PKR dan terutamanya, pihak DAP, khususnya dari Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan juga Anwar Ibrahim.
Ini adalah sebab-sebabnya kenapa parti Bersatu berpecah dengan akhirnya Dr Mahathir hanya memiliki sokongan dari empat Ahli Parlimen, di mana dua darinya adalah anaknya sendiri, DP Mukhriz Mahathir dan Syed Saddeq.
Artikel yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan :-
No comments:
Post a Comment