Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 19 May 2020

IMAM TARAWIH

Arkib : 24 April 2020


IMAM TARAWIH

Sudah sebulan Sudin duduk di rumah pak mentua. Sudin tidak boleh balik semula ke Kuala Lumpur sebab PKP.

Pada malam pertama bulan Ramadhan. Sudin kena jadi tok imam bagi Solat Terawih. Pak Mentua Sudin pula ustaz pencen. Maka Sudin berasa amat risau.

Pada rakaat pertama, Sudin baca "Wadh dhuhaa.  Wal laili izaa sajaa. Maa..."

Tiba-tiba bunyi "Subhanallah!", tegur pak mentua Sudin.

Sudin berasa hairan sebab dia tidak pasti apa salah dia. Mungkin huruf 'dhod' yang dia baca tadi tidak beberapa tebal.

Sudin pun baca semula, "Wadh dhuhaa. Wal lai..."

"Subhanallah!!", tegur pak mentua Sudin dengan lagi kuat suaranya.

Sudin pun jadi pening dan keliru sebab dia tidak tahu apa salah dia. Mungkin huruf 'ha' yang dia baca tadi kurang pedas.

Sudin pun baca semula, "Wadh dhuha..."

"Subhanallah!!!!", tegur pak mentua Sudin dengan sehabis kuat.

Sudin pun berasa geram. Dia pun berpaling ke belakang dan bertanya, "Apa dia...?"

Pak mentua Sudin jawab, "Baca Fatihah dulu!"

😆😆😆😆😆😆😆😆

Ramadhan Kareem!

Artikel yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan :-

Solat Tarawih di rumah...

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/solat-tarawih-di-rumah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...