Arkib : 12 Mei 2020
KENAPA INDONESIA TIDAK MEMPUNYAI SULTAN ?
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai Gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.
Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, dilakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.
Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh. Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.
Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenerel Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana, ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jeneral Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI)
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.
Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit. Beliau tidak lari saat nak dibunuh, beliau berkata "lari dari binjai patik pantang, Patik ialah keturunan Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa".
Latar Belakang Terjadinya Revolusi Sosial 1946 di Sumatera Timur : Tragedi Pembantaian Raja-raja Melayu
Deskripsi daripada Pegawai Jalanan :
Revolusi Sosial Sumatera Timur adalah gerakan sosial di Sumatera Timur oleh rakyat terhadap penguasa kesultanan Melayu yang mencapai puncaknya pada bulan Maret 1946. Revolusi ini dipicu oleh gerakan kaum komunis yang hendak menghapuskan sistem kerajaan dengan alasan antifeodalisme. Revolusi melibatkan mobilisasi rakyat yang berujung pada pembunuhan anggota keluarga kesultanan Melayu yang dikenal pro-Belanda namun juga golongan menegah pro-Republik dan pimpinan lokal administrasi Republik Indonesia. Tragedi ini jarang sekali di angkat, dan tidak pernah di ajarkan di bangku sekolah. Sehingga sampai saat ini banyak tuduhan oleh beberapa pihak terhadap suku tertentu yang di anggap bertanggungjwab dalam peristiwa ini, untuk membantah tuduhan itu semua dalam video ini admin jelaskan dengan tidak di tutup-tutupi bahkan teman-teman bisa mengunjungi sumber asli dari materi dalam video ini.
REFERENSI DALAM VIDEO INI :
1) Johan, Bahder. 1980 . Pengabdi Kemanusiaan. Jakarta: Gunung Agung
2) Zainudin, A. Rachman. 1997. Denyut Nadi Revolusi Indonesia. Jakarta: Gramedia
3) Hasjmy, A. 1985. Semangat Merdeka. Jakarta: Bulan Bintang
------------------------------------------------------------------------------------------
Di Malaya, bersyukurlah kita di atas kegagalan Gagasan Indonesia Raya
Jika tidak, belum tentu apakah nasib Islam, Melayu dan Raja-raja
HATI HATI DENGAN YANG NAMANYA ''PEJUANG RAKYAT''..PADAHAL MEREKALAH GUNTING DALAM LIPATAN.
Baca sejarah jatuhnya Raja-raja Melayu di Indonesia. Jangan biarkan sejarah di sana jadi di sini.
BAGAIMANA SEJARAH TERHAPUSNYA KESULTANAN DI INDONESIA
Tragedi 3 Mac 1946. Detik Hitam Sejarah Melayu
Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di negara kita, Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing dan sebagainya.
Salah satu wilayah yang diakui sebagai wilayah bagi etnik Melayu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah semenanjung ialah Sumatera Timur. Di wilayah ini, terdapat empat buah Kerajaan Melayu utama yang pernah wujud, iaitu
- Kesultanan Langkat Darul Aman,
- Kesultanan Deli Darul Maimon,
- Kesultanan Serdang Darul Arif, dan
- Kesultanan Asahan.
Perkara ini dapat dilihat daripada binaan istana-istana Sultan yang sebahagiannya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Kehidupan para pendatang dari Jawa di Sumatera Timur ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak terurus.
Pendatang Jawa tidak mahu mengaku mereka adalah rakyat kepada Raja-raja Melayu di wilayah yang mereka duduki. Sementara Raja-raja Melayu di Sumatera Timur pula enggan menganggap para pendatang Jawa ini sebagai ’Melayu’ kerana amalan agama Islam mereka yang berbeza dengan amalan penduduk Islam tempatan.
Raja-raja Melayu menganggap pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tidak akan menguntungkan kerajaan masing-masing, kerana ia didominasi oleh kaum Jawa yang berpusat di Pulau Jawa sendiri dan menyokong pemerintahan bercorak Republik.
Kerana tersepit antara kebangkitan semangat nasionalisme Indonesia dengan kewajipan untuk mempertahankan Kerajaan dan takhta masing-masing, Raja-raja telah melakukan kesilapan (mungkin kerana terpaksa, tiada pilihan) dengan menghantar surat menyatakan kesetiaan kepada Ratu Belanda. Detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur.
Pada 3 Mac 1946, beribu-ribu pendatang Jawa Militan di bawah pimpinan PESINDO, Parti Komunis Indonesia (PKI), dan Parti Kebangsaan Indonesia (PNI) menyerang hampir semua bangsawan Melayu. Keganasan dan pertumpahan darah terlibat, di mana tujuh putera, sembilan puluh bangsawan (di Langkat) dan banyak pejabat dari negara-negara asli terbunuh.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, Anak-anak perempuan Sultan Langkat diperkosa. Isteri-isteri dan anak-anak keluarga bangsawan telah diasingkan dan rumah mereka digeledah dan tanah mereka di rampas.
Terdapat tiga matlamat utama yang berkaitan dengan revolusi yang melibatkan kumpulan orang yang berlainan:
1) Untuk menjatuhkan Bangsawan Melayu dan penyokong utama mereka iaitu Belanda
2) Dapat menguasai kekayaan 'kerajaan' (kekaisaran Melayu) untuk mempertahankan perbelanjaan perjuangan nasional
3) Untuk melakukan perubahan politik dan kemasyarakatan sesuai dengan intelektual Marxis yang terlibat dalam agenda tersebut
Menjelang tahun 1942, Belanda, yang bertanggungjawab kepada kerajaan Hindia Belanda di Batavia, memegang kuasa majoriti di rantau ini.
Di bawah pemerintahan Belanda, kerajaan telah diserap ke dalam struktur politik terpusat dan golongan elit pribumi ini termasuk dalam pentadbiran (yang mereka kongsi dengan Belanda) di rantau ini.
Oleh kerana berkongsi kuasa dengan Bangsawan Belanda itu, seolah-olah Bangsawan Melayulah yang menggunakan kuasa politik mereka untuk melancarkan dasar-dasar yang menindas hak orang awam.
Sedangkan hakikatnya Bangsawan Belanda lah yang menguasai keseluruhan pentadbiran.
Mereka nampak Bangsawan Melayu tidak mempertahankan mereka. Malah seolah-olah bersekongkol dengan Bangsawan Belanda.
Suara-suara yang tidak bersetuju dengan penindasan Belanda dan bangsawan Melayu kemudiannya terbentuk di kalangan pendatang.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan.
Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’.
Tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang menyokong komunis.
Antara yang terkorban termasuklah Tengku Amir Hamzah, pujangga Melayu yang terkenal.
Para nasionalis Indonesia cuba menyelindungkan perkara ini dengan mengatakan berlaku ’Revolusi Sosial’ rakyat bangun menentang pemerintahan monarki.
Sedangkan realitinya, yang bangkit menyerang adalah Komunis dan dibantu oleh para pendatang dari Jawa yang terdiri daripada para penyamun, perompak, perogol dan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku.
Selepas kejadian tersebut, kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’.
Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu.
Satu persekutuan yang meliputi wilayah Kerajaan-kerajaan Melayu kemudian ditubuh, dengan nama Negara Sumatera Timur, dengan harapan untuk menyertai Republik Indonesia Serikat sebagai salah sebuah negeri di dalamnya.
Namun, Negara Sumatera Timur ini mengelak daripada melibatkan Raja-raja Melayu yang seolah-olah telah menjadi satu taboo yang memalukan pada masa tersebut.
Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan. Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa.
Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekuasaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi Propinsi Sumatera Utara.
Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.
Arifin Omar (1999) ”Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur Pada Tahun 1946” Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Prof. Anthony Milner (2008) ”The Malays” Blackwell Negeri-negeri Melayu di Tengah dan Selatan Sumatera
📝 Serai Padang
#CPK
Kisah Dari Saksi Hidup Peristiwa Revolusi Sosial Sumatera Timur | Sumatera Timur Tanahku Cinta, Sumatera Timur Indonesia
Deskripsi daripada Pegawai Jalanan :
Video ini dibuat hanya untuk mengingatkan kita tentang pernah adanya negara sumatera timur saat Indonesia Serikat menjadi sebuah negara sebelum menjadi NKRI. Jika ingin menonton kesaksian pelaku sejarah saat revolusi sosial berlangsung silahkan cari videonya dengan dengan jusul "Lentera Tumur" di saluran youtube. Semoga cerita ini bisa menambah wawasan para sahabat semua, untuk negara kita NKRI harga mati, ini hanya sebagai sejarah yang wajib kita ketahui walau pahit. Salam.
Jika ingin menonton keterangan dari pelaku sejarah saat Revolusi Sosial di Sumatera Timur terjadi tonton di sini : https://youtu.be/33LnTNgPMnc
Sumber materi video : http://tirto.id
------------------------------------------------------------------------------------
3 Kesultanan Melayu Sumatra Yang Lenyap!
Deskripsi daripada SULALATUS SALATIN :
Dokumen Belanda mengesahkan bahawa revolusi ini menelan korban sebanyak 1200 orang di Asahan sahaja. Belum lagi di daerah lainnya. Kaum bangsawan Melayu di beberapa daerah termasuk perempuan dan kanak-kanak ditangkap dan dibawa ke Concentration camp di Simalungun dan Tanah Karo. Kaum non-pribumi pun tidak terkecuali, Cina dan India banyak menjadi korban. Kaum bangsawan dinista dan dicacimaki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada dalam kemiskinan dan tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment