Kisah Disebalik Lagu Daripada Drama : Diari Ramadhan Rafique
Dipetik daripada Drama : Diari Ramadhan Rafique
Bella Astillah Diari Ramadhan OST Diari Ramadhan Rafique
Lagu tema Drama petang-petang "Diari Ramadhan Rafiq", adalah lagu ciptaan aku yang kene rembat pada tahun 2006 dulu,
ceritanya macam ni.. aku dapat offer dari Project Maneger dari JInggo , suami Sheila Rusli, SJ Production, untuk buat satu lagu tema untuk drama berkisah kepolisian.. masa tu aku baru berumur 21 tahun. masih belum tahu apa2 isu-isu Royalti , Copyright , aku di minta mainkan lagu tu didepan mereka semua , masa tu kami bawa Keybord dan kawan aku tolong mainkan keybord tu.. dalam masa yang sama ada seorang yang mengaku dirinya adalah seorang penulis lirik, yang akan berkerjasama dengan kami untuk projek ni.. dalam masa yang sama aku lihat dia ada bawa recorder zaman tu belum ada telepon pintar untuk merakam bunyi cuma ada satu alat iaitu recorder.. dia record lagu tu, katanya mudah untuk dia nak tulis liriknya.. selepas mereka mendengar lagu aku tu.. diaorg nampak macam happy sangat , duk puji-puji karya aku diorang cakap 100% sedap.. terbaik dan setuju untuk mengambil lagu tu.. tapi belum buat keputusan sepenuhnya.. mereka suruh pulang dulu.. dan kami pun pulang..
Agak lama juga tanpa khabar dan berita tentang kisah lagu tu..
mungkin karya aku tidak di terima aku fikir begitu.. kami cuba menghubungi project maneger dari syarikat produksi tu.. dia kata diorang tak terima lagu tu.. bila dengar berita tu , aku okey je.. sebab aku ni jenis tak berharap, kalau ada rezki ada la ,, kalau takde nak buat macam mana.. sebab bukan rezki aku..
Selang beberapa bulan drama kisah polis tu keluar dan lagu ciptaan aku tu pun keluar sekali sebijik sengan muzik yang pernah di hasilkan.. dalam masa yang sama keluar lagi satu drama dari produksi lain.. mengunakan lagu yang sama cuma di ubah sikit2 untuk mengelak dapat di cam oleh pencipta..
saya sebagai pencipta asal.. saya boleh kenal lagu tu lagu saya ubah la macam mana pun dari segi cord, melodi, scale, susunan muzik. 100% saya kenal.. ibarat anda mengenali diri anda sendiri, sama la dengan saya.. mengenal diri sendiri. .kami cuba hubungi mereka . memang tak jawap la..
Perkara dah belaku lama.. tiap2 tahun kalau bulan puasa je dengar je lagu tu.. aku rasa sedih, sebab kene tipu , kene manipulate oleh kapitalis-kapitalis macam gini la.. kisah aku tak jauh beza pun dengan kisah dalam filem KEMBARA SENIMAN JALANAN tu, cuma kisah tu dari filem .. manakala kisah aku realiti.. sebab tu bila korang tengok cita tu .. siapa penulis dan pencipta lagu.. waktu credit last tu , mereka tak letak pun nama takut di cam oleh aku.. dasar penyamun, dasar perompak.. aku tak salahkan semua aku salahkan yang merompak tu.. siapa dia..?? kau tahu siapa diri kau.. sebab kau perompak , kau penyamun karya aku...
Sebenarnya dah lama aku nak tulis kisah ni.. kebetulan tahun ni Drama tu duk main kat TV.. aku fikr aku kene tulis juga.. dari Rafiq tu kecik sampai dia besar aku simpan je kisah ni.. tiap tahun dengar lagu tu .. panas je.. dasar perompak, kau penyamun karya aku.... kau kenal aku, muka aku tak penah berubah , rambut aku tak pernah pendek.. aku adalah orang yang sama dari tahun 2006 dulu.. aku hidup lagi.. kau penyamun karya aku...!!!
Diari Ramadhan Rafique (Lirik) | Bella Astillah
No comments:
Post a Comment