"Kerajaan Beta" - YDPA
Ramai betul orang berdebat pasal "Kerajaan Beta", dah macam kelas Pengajian Am sudah.
Bukan saja ada istilah "Kerajaan Beta" (my Government), malah ada juga istilah "Menteri-Menteri Beta" (my Ministers). Dalam titah-titah lepas pun boleh jumpa.
Tak perlu rujuk Perlembagaan pun, konsepnya simple je: di bawah sistem raja berperlembagaan (constitutional monarchy), Raja (King/Queen/Agong/Tenno) adalah Ketua Negara (Head of State), so dari perspektif baginda, semua adalah "mine" (beta punya).
Dan sebab itu, hanya Raja saja boleh panggil PM sebagai "my Prime Minister". Kita tak boleh sesuka hati panggil PM sebagai "my Prime Minister" sebab he/she is never yours.
Dan tradisi titah pembukaan parlimen ini sememangnya datang daripada pengasas sistem raja berperlembagaan iaitu Britain. Macam yang aku selalu tekankan, sistem ni tidak perfect tapi ia adalah sistem paling stabil yang manusia pernah cuba sebab wujudnya satu Ketua Negara yang semua orang boleh akur dengannya.
Kalau negara republik, Ketua Negara tu presiden dari kalangan orang awam malah in most cases presiden juga adalah orang politik. So dia jadi tak neutral, rakyat pun bertambah "divisive" dengan politik.
Tapi kalau negara raja berperlembagaan, Raja bertindak sebagai figura yang mengatasi politik (above politics). Bukan saja kerajaan, even pembangkang pun Raja address mereka sebagai "my Lords and Members of the House of Commons" (aku tak sure kat Malaysia macam mana bunyi frasanya, malas nak belek hansard).
Tapi Raja tidak sesekali panggil pembangkang sebagai "my Opposition" dalam titah baginda. Sebab pembangkang membangkang kerajaan, bukan membangkang Raja. Tak kira apa perbezaan parti jua, rakyat dalam negara raja berperlembagaan adalah rakyat kepada Raja.
Nak tulis panjang lagi, tapi confirm ramai triggered nanti. Cari Lailatul Qadar lagi afdol.
No comments:
Post a Comment