KITA SEMUA NI UMAT YANG BUTA HURUF
Di bulan Ramadan ni ramai yang berjuang membaca Al-Quran untuk selesaikan 30 juzuk dalam tempoh sebulan berpuasa.
Semua mahu mencari pahala atas kebaikan dan keberkatan yang ada pada Kitab Allah ini.
Sana sini pelbagai promosi sedang galak mengajak kita semua bertadarus membaca Al-Quran semahunya.
17 Ramadan usaha ini diraikan berganda.
Mengejar keberkatan asbab malam yang dikatakan wahyu pertama diturunkan.
10 malam terakhir nanti lagilah teruja.
Bersempena bulan yang penuh mulia ini, kita semua disuruh berlumba-lumba membaca Al-Quran.
Dengan harapan bacaan tadi itu memberikan kita seberapa banyak ganjaran pahala.
Mengharapkan ia dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti.
Moga-moga dengan semua amalan itu kita akan dapat diselamatkan dari siksa kubur, terhindar dari segala fitnah dajjal dan dijauhkan dari azab api neraka jahannam.
Semua itu terus menjadi angan-angan dan sangkaan kita dari kecil kita diajar mengenali al-Quran sampailah dah beranak pinak.
Itulah harapan kita sebagai makhluk yang lemah.
Lahir pula di zaman penuh fitnah.
Gais..
Al-Quran yang diturunkan kepada kita itu adalah satu formula wahyu yang ada rohnya bertujuan untuk MENGHIDUPKAN JIWA kita yang telah mati lantaran kejahilan dan kerosakan yang telah kita lakukan di dunia.
Al-Quran zaman ini sudah tidak dibaca dengan DENGAN BACAAN YANG SEBENAR (HAQ) lagi lalu menjadikan segala isi kandungannya TERBATAL sebagai petunjuk, penjelasan dan furqon yang telah HILANG di mata manusia.
Yang tinggal hanyalah tulisan Arabnya sahaja.
Itulah yang kita berebut membaca selama ini walaupun tak pernah FAHAM satu pun yang dibaca tapi hentam sajalah yang penting AKU DAPAT PAHALANYA!
Kita pulun mengeja huruf hijaiyah Arabnya dari alif-ba-ta sehingga lancar untuk membunyikan tulisannya lalu bersungguhnya melagukan dengan suara yang merdu untuk menjadi alunan ketenangan pada jiwa kita.
Benar ia sedap dibaca.
Betul ia asyik didengar.
Tidak dinafikan ia hanyalah lagu semata-mata.
Di manakah hilangnya ilmu dan kefahamannya?
Petunjuk yang sepatutnya menjadikan kita manusia yang beriman, yang taat dan patut kepada segala perintah Allah untuk mencegah segala perkara keji dan mungkar yang menjadi kebatilan dalam darah daging manusia.
Penjelasan yang nak mencipta AKHLAK KITA dalam hidup beragama, yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah tetapi semua itu hanyalah ikrar di mulut langsung tidak sama apa yang kita tunjukkan melalui amalan hidup kita.
Yang kita baca dan yang kita amal JAUH sekali bezanya.
Kita tidak buat apa yang kita CAKAP (baca) di dalam Al-Quran.
Semuanya hanya tinggal bacaan.
Al-Quran hanya tinggal tulisan.
Ali bin Thalib mendengar Rasulullah saw bersabda:
Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang.
Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung.
Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati).
Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)
INGATLAH SATU PERINGATAN DARI NABI KITA.
Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja.
Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.
Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit.
Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
Moga kita sama-sama mencari semula permata yang hilang dari sisi kita semua berupa ILMU YANG TELAH ALLAH TURUNKAN MELALUI KITAB DAN SUNNAH yang sepatutnya menjadi pedoman kita mencipta umat di akhir zaman.
Jangan pernah mengalah.
Belum terlambat untuk kita bangkit dan keluar dari kejahilan lampau.
Tekad dan niatkan untuk perbaiki diri dan keluarga dengan mula membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan (menghidupkan jiwa) dan kefahaman.
Bukan lagi kita membacanya dengan bersangka-sangka dan angan-angan.
Itulah ciri-ciri KITA YANG BUTA HURUF.
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتٰبَ إِلَّآ أَمَا نِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
"Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak memahami Kitab kecuali hanya berangan-angan dan mereka hanya bersangka-sangka." Al-Baqarah 2: Ayat 78
BACA TULISAN ARAB TAPI TAK FAHAM APA YANG DIBACA - buta huruflah tu.
Lepas bulan Ramadan nanti, bagaimana nasib Al-Quran kita?
Salam Nuzul Al-Quran.
SHAUQI HASAN
17 Ramadan 1441H
#share
#ramadan
#quran
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2579346225667304&id=1617468028521800
No comments:
Post a Comment