Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 24 May 2020

"Mak faham niat kamu semua baik, tapi..."

Mak faham niat kamu semua baik, tapi...

"Kalau nak balik kampung, balik sebagai manusia berguna. Bukan balik sebagai pengkhianat negara. Mak tak pernah ajar anak-anak mak langgar undang-undang."

Kiriman whatsapp mak menghentikan perbualan kami adik beradik di dalam group family.

Baru-baru ini, bila Perdana Menteri umumkan tak boleh pulang ke kampung merentas negeri, kami adik-beradik mula mencari helah.

Abang mencadangkan untuk mencari jalan yang tiada sekatan jalan raya.

Kakak pula berkeras nak ke Balai Polis mencipta alasan untuk pulang menyambut hari bahagia.

Sedang asyik berbincang nak buat mak gembira, tiba-tiba mak mencelah dan perancangan kami terus terbatal.

"Mak mana yang suka beraya jauh dengan anak-anak mak. Tapi mak taknak jadi sebab anak-anak mak langgar peraturan dan arahan kerajaan."

"Anak-anak mak nak ke sepanjang perjalanan dan permusafiran balik kampung tu dicatatkan sebagai dosa?“

"Nanti kalau jadi apa-apa, tak takut ke ditimpa musibah saat memgkhianat kepada negara?“

" Mak faham niat kamu semua baik, tapi mak tak pernah ajar anak-anak mak langgar peraturan."

"Walaupun hari raya tahun ni tak dapat bersama, tapi ia tetap istimewa sebab mak ada anak-anak yang jadi manusia berguna."

Seperti satu tamparan di muka bila mak berkata demikian.

Bertapa cuainya kami. Ingatkan kami rancang nak balik mampu membahagiakan mak, tetapi mak kecewa bila kami membelakangkan arahan kerajaan.


Mak, kami minta maaf. Raya nanti kita video call, lepas tu ambil gambar raya, minta adik edit ya?

Maafkan kami Mak dan terima kasih kerana menjadi mak yang terbaik buat kami.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...