Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 22 May 2020

Mesej untuk...

Mesej untuk akhir Ramadhan

#SuratDariAllah

SEMASA Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) jadi menteri besar Kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri Kelantan.

Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dengan JKKK dan ketua-ketua kampung turun.

TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih (Inggeris) kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca. Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba-tiba surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..."

Menangis ketua kampung dan JKKK yang mendengar kata-kata TGNA itu.

Inilah cara tok guru mendidik rakyat Kelantan semasa beliau memerintah Kelantan. Takbir !!

Perbanyakkan membaca al quran di bulan Ramadhan.

#MogaDapatBertemuRamadhanSeterusnya

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...