Peristiwa Sepanjang 22 Bulan Pakatan Harapan Mentadbir Malaysia Baharu
- 9 Mei 2018 - Sekitar jam 10 malam whatsapp group dah penuh dengan kegembiraan meraikan kejatuhan BN. Sudah boleh agak keputusan PRU14. Kami steady walaupun akur sudah tewas.
- 10 Mei 2018 - Sekitar jam 3 pagi jalan penuh dengan macai-macai PH membuat konvoi kibarkan bendera. Terasa kesuraman. Kami masih steady.
- 10 Mei 2018 - Mahathir mengangkat sumpah. Bermulalah detik-detik kehancuran ekonomi negara ini. Segala aset dijual. Paling parah aset-aset milik Islam juga diratah. Petronas dijarah. Keangkuhan DAP sudah tidak terbendung lagi. Isu perkauman, penghinaan terhadap YDPA dan Raja-Raja Melayu makin teruk. Satu malapetaka buat negara.
- 11 Mei 2018 - Pemimpin UMNO mula mendesak DSN berundur. Pelbagai kata-kata 'jahat' dilemparkan pada beliau. Ramai pemimpin UMNO mula melompat ke PPBM. Sementara kami masih di sini, tetap bersama dengan UMNO.
- 16 Julai 2018 - Manifesto PH bukan kitab suci kata PM ke 7. Rakyat marah!
- Februari 2019 - DSN kembali menjadi pemimpin kegemaran rakyat apabila fenomena 'Malu Apa Bossku' menjadi simbol perjuangan anak-anak muda melawan PH.
- Penghujung 2019 & awal 2020 - Sentimen rakyat tolak PH makin kuat apabila BN (dan juga MN) menang ke semua 5 PRK yang ditandinginya dengan majoriti tinggi (PRK Sandakan BN tidak bertanding). Rakyat ketika ini sudah sedar mereka ditipu hidup-hidup oleh PH.
- 24 Feb 2020 - PM ke 7 letak jawatan dan jatuhkan kerajaannya sendiri.
- 29 Feb 2020 - Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM dengan sokongan BN dan wujudlah Perikatan Nasional.
- 9 Mei 2020 - Malaysia berjaya kawal pandemik Covid 19, rakyat dijaga seeloknya oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pemimpin UMNO yang pernah hina DSN hari ini ada yang sudah pun menjadi Menteri. Geng-geng UMNO yang nyah aktifkan FB selepas BN kalah dua tahun lalu sudah pun kembali aktif kononnya mahu perjuangkan rakyat.
Logo Barisan Nasional (BN)
Dan aku serta beratus ribu atau mungkin berjuta diluar sana selama dua tahun ini tidak pernah sekalipun meragui BN!! Kitalah pejuang yang sebenar!! Raikan!!
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=715632249182195&id=100022062793785
Antara artikel berkaitan dengan isu ini :-
Ringkasan penuh rakaman audio Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Febuari 2020 :
Antara artikel berkaitan dengan isu ini :-
Ringkasan penuh rakaman audio Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Febuari 2020 :
No comments:
Post a Comment