Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 18 May 2020

KUASA RAJA...

Arkib : 01 Mac 2020


KUASA RAJA BERPELEMBAGAAN DI MALAYSIA

Oleh Mej (B) Mior Rosli TUDM

1. Seperti mana yang telah berulang kali nyatakan sejak awal tahun 2020 lagi bahawa YDPA mempunyai kuasa budicara yang amat luas menurut Perlembagaan Persekutuan.

2. Pada tahun 1993, Tun M telah kurangkan kuasa YDPA untuk meluluskan/ menolak Rang Undang-undang dan kekebalan Raja-raja Melayu dengan wujudkan mahkamah khas di mana Peguam Negara mempunyai kuasa budicara untuk dakwa Raja-raja Melayu.

3. Kuasa YDPA ini penting bagi mentadbirkan negara bagi check and balance.

4. Orang politik yang tersepit biasanya akan kata macam-macam terhadap Raja. Termasuk mereka yang pakai gelaran anugerah dari Tuanku sendiri seperti Dato, Dato Seri, Tan Sri dan Tun. Mereka tidak malu menghina Raja dikhalayak ramai. Pada saya, kalau mereka ini tidak tahu menghormati Raja, pulangkan kembali anugerah dan gelaran itu kepada raja. Orang yang derhaka pada Raja tidak layak diberi apa-apa gelaran dari Raja-raja Melayu.

5. Apabila orang politik hina Raja.. rakyat yang taksub dengan orang politik ini akan turut hina Raja secara terbuka terutama melalui internet dan laman sosial yang ada.

6. Saya kerap kali katakan pada mereka ini jangan campuradukkan mengenai batang tubuh Tuanku dengan kuasa baginda. Pada saya orang politik yang berkuasa juga mempunyai perangai yang buruk malah lebih buruk lagi. Cuba terangkan bagaimana orang politik and semua ahli keluarga mereka boleh jadi billionaire tanpa syarikat yang benar bekerja mendapat untung? Dan melakukan maksiat-maksiat yang diharamkan oleh syarak?

7. Orang-orang politik juga menakut-nakutkan Raja-raja Melayu dengan harta dan kekayaan.

8. Pada saya, Raja-raja Melayu harus berani bangun dan minta kuasa-kuasa mereka diperjelaskan. Contoh: Ada orang politik dan rakyat cabar Raja-raja Melayu menuntut tidak boleh campurtangan soal politik. Kalau Tuanku tidak boleh bercakap pasal politik dan pentadbiran, bagaimana Tuanku hendak menyelesai kemelut atau masalah rakyat dan negara? Mustahil Tuanku boleh bertindak jika Tuanku tidak boleh mencampuri urusan politik negara.

9. Sebenarnya; Tuanku boleh bertitah dalam apa hal secara bebas. Ini jelas dibenarkan dalam Perlembagaan. Jika Baginda boleh bertitah di Parlimen (baca perkara 60) kenapa baginda tidak boleh bertitah kepada rakyat?

10. Cuba kita baca perkara 39, Tuanku berkongsi kuasa dengan Kabinet sebagai Ketua Eksekutif Persekutuan dan kuasa ini boleh dijalankan (exercisable) kalau Perlembagaan membenarkan Tuanku menjalankan Kuasa Eksekutif Persekutuan maka semua perkhidmatan awam yang tersenarai di Perkara 132 adalah di bawah juridiction Tuanku juga.

11. YDPA juga dilantik oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan (Perkara 41). Ini bukan jawatan kehormat atau ceremonial. Ini jawatan benar dan Tuanku tidak perlu minta nasihat dari menteri untuk mentadbir ATM. Menteri hanya jaga kementerian pertahanan bukan jaga atau perintah tentera. Semua pemerintahan, disiplin dan pentadbiran ATM, Tuanku memberi kuasa am baginda kepada Majlis ATM (Perkara 137). Menteri Pertahanan hanya mempengerusikan Majlis ATM dan tidak ada kuasa Veto. Orang politik telah kelirukan Jeneral-jeneral ATM tentang siapa yang berkuasa, penggunaan operasi ATM hendaklah melalui jamaah Panglima-panglima di bawah Panglima Tertinggi ATM.

12. YDPA dan Raja-raja Melayu adalah Ketua Agama Islam (Perkara 3). Saya katakan bahawa Menteri Agama tidak ada locus standi terhadap agama Islam ini kerana sumpah jawatan YDPA menyebut ...memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman. Walhal sumpah dan Ikrar Menteri mahu pun Wakil Rakyat tidak sebut untuk jaga Islam pun, lihat jadual 4 dan jadual 6. Saya cadangkan JAKIM harus duduk di bawah YDPA dan bukan JPM.

13. YDPA adalah hak dan wakil Majlis Raja-raja Melayu. Lihat perkara 32(3), 37, 38, dan 181.

14. Kuasa YDPA juga boleh dilihat di Perkara 10(4), 38, 63(4),70, 71(1), 72(4), 152 dan 153. Semua perkara-perkara ini tidak boleh disentuh atau dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

15. Ramai orang ingat sistem Raja kita adalah sama seperti di Barat. Raja Berperlembagaan ertinya Raja bertindak mengikut Perlembagaan dan bukan ahli politik atau Kabinet.

16. Jika Perlembagaan mengkehendaki baginda ikut nasihat, baginda berhak tidak mengikut nasihat itu, jika ianya tidak adil atau tidak memberi keamanan pada negara dan rakyat. (lihat sumpah jawatan YDPA).

17. Sistem Westminister of England sama tidak serupa dengan Tanah Melayu. Sejarah Raja Melayu kita tak sama dengan sejarah Raja Barat. Adat kita pun berbeza.

18. Saya rasa sudah tiba masanya orang Melayu dan rakyat Malaysia semua hidupkan semula ruh dan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai penimbal kerajaan. Perlu ada had and peraturan yang jelas.

19. Wakil rakyat hendaklah menjadi wakil kepada semua rakyat dikawasannya di Parlimen dan bukan wakil pada parti. Rakyat yang pilih dan rakyat yang bayar gaji mereka. Mereka hanya boleh bercakap pasal parti di luar Parlimen. Perlembagaan tidak sebut pun pasal parti di dalamnya.

20. Saya harap penerangan ringkas saya ini tentang kuasa YDPA dan Raja-raja Melayu dapat difahami semua. Saya juga harap kuasa YDPA dan Raja2 Melayu untuk menapis Rang Undang-undang dikembalikan semula supaya orang politik juga tidak menyalahgunakan kuasa mereka seperti yang berlaku beberapa puluh tahun yang lalu.

Wassalam
Mej (B) Mior Rosli TUDM
1 March 2020.

Artikel berkaitan dengan isu yang sama di sini :-

The Federal Constitution of Malaya

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...