Arkib : 14 April 2020
Rancangan Mahathir Mula Berhasil
MANDAT RAKYAT - https://strawpoll.com/d8paxz62
https://www.facebook.com/100003552468177/posts/2729623720499350/
Artikel lain yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan :-
https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/hanya-asbab.html
Rancangan Mahathir Mula Berhasil
Ini adalah poll yang dibuat pada 14 April lalu dan masih dibuka sehingga kini. Biarpun keputusan sebenar blom dikemukakan kerana tidak ada tarikh menunjukkan bila ia ditutup namun indikasi ini memberi maksud bahawa rakyat masih keliru bagaimana kerajaan ini berfungsi.
Kerajaan yang dipanggil pakatan nasional ini tertubuh apabila MUAFAKAT NASIONAL sepakat melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui mereka untuk menjadi kerajaan sekaligus menafikan atok dan PAKATAN HARAPAN kembali berkuasa.
Seperti yg kita tahu, rata-rata pemimpin PAKATAN NASIONAL (PN) tidak mahu DAP berada di dalam kerajaan dan hasrat itu tercapai dan di sepakati bersama.
Namun rata-rata rakyat masih lagi keliru dan tidak faham bagaimana kerajaan ini berfungsi. Analogi yang paling mudah untuk dikatakan ialah KERAJAAN PN ADALAH KERAJAAN INTERIM ATAU LBIH MUDAH JIKA KITA BAYANGKAN SUAMI ISTERI YANG MAHU BERCERAI TETAPI TERHALANG KERANA SAYANGKAN ANAK-ANAK DAN KOMITMEN KELUARGA YANG PERLU MEREKA URUSKN.
Atas sebab itu ibu bapa masih lagi menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing sepertimana sepatutnya lebih-lebih lagi bila ramai anak-anak yang sakit dilanda wabak. Maka dalam hal berbelanja untuk menyelamatkn anak yang sakit dan lain-lain mereka tidak ada kompromi. Apa yang terbaik untuk anak-anak mereka akan sepakat untuk melakukan bersama dan bila malam menjelang mereka tidur berasingan katil dan bantal apatah lagi mimpi.
Untuk itu rakyat perlu faham bahawa kerajaan PN ini terbentuk bukan dalam 1 kesepakatan tetapi 2. Maka tidak hairanlah jika berlaku pertembungan kecil antara mereka seperti yang berlaku pada kes kilang Heineken tempoh hari.
Kes Heineken itu benar-benar menunjukkan bagaimana kerajaan ini berfungsi dan parti mana yang lebih bertanggungjawab memikul beban tugas terhadap permintaan dan sensitiviti rakyat.
Dalam hal itu menteri daripada MUAFAKAT NASIONAL segera bertindak untuk menarik balik kelulusan operasi kilang arak apabila mengetahui apa yang berlaku di luar daripada SOP ditetapkan yang mana hal ini sukar malah tidak mungkin berlaku ketika PH menjadi kerajaan.
Perlu di ingatkan di sini Tan Sri Muhyiddin masih lagi bersama PPBM kerana sehingga kini atok tidak pernah memecat beliau sebagai ahli tertinggi PPBM yang juga kedudukan parti ini di dalam PH MASIH MENJADI TANDA TANYA.
Begitu juga dgn Azmin dan parti serpihan PKR lain yang menyertai PN. Kedudukan dan pendirian sebenar Mereka di dalam PN tentu sahaja berbeza dengan MUAFAKAT NASIONAL KERANA MEREKA TIDAK PERNAH BERJANJI ATAU MENANDATANGANI PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL.
Andainya ini adalah percaturan atok, pastinya hasil awal boleh kita lihat berdasarkan undi ini kerana kita amat memahami magik atok dlm memanipulasi sesuatu keadaan untuk keuntungan politiknya. Itulah sebabnya atok tidak lagi mengkritik Muhyiddin dan berdiam diri kini walaupun pada awalnya atok berlakon tak puas hati dengan perlantikan Muhyiddin.
Jika kita lihat ke belakang, di antara faktor kenapa atok tidak mahu meninggalkan PH ialah kerana mahukan DAP turut sama dalam kerajaan campuran yang beliau rancang selain menolak bulat-bulat UMNO jika mahu bersama sebagai parti. Andainya PPBM memenangi banyak kerusi pada PRU 15 nanti, adakah mustahil untuk mereka menendang MUAFAKAT NASIONAL kemudian mengambil SEMULA ATOK DAN PAKATAN HARAPAN menjadi sekutu?
Politik ini ibarat lepas mulut harimau mulut buaya sedang menunggu. Tersilap langkah pada PRU 15 nanti, penyesalan tidak ada gunanya lagi kerana jika PH kembali memerintah, pasti cengkamannya akan lebih ganas daripada sebelumnya. JANGAN SAMPAI KITA MEMBUAT KESILAPAN SAMA 2 KALI.
Allah itu MAHA kuasa kerana takdirnya sehingga kini MN belum di uji dalam mana-mana PRK KERANA DENGAN PRK SAHAJA KITA BOLEH TENGOK BAGAIMANA RUPA KERAJAAN INI SEBENARNYA BILA PPBM YANG BERADA DALAM KERAJAAN KINI PASTI MAHU MELETAKKAN CALON MEREKA KERANA PPBM BUKAN KOMPONEN MUAFAKAT NASIONAL. JIKA INI BERLAKU ADAKAH MUAFAKAT NASIONAL AKAN MELEPASKAN KERUSI LANTAS BERKEMPEN PULA UNTUK PPBM SEDANGKAN PPBM BUKAN KOMPONEN MUAFAKAT NASIONAL?
JIKA INILAH RANCANGAN ATOK DARI AWAL LAGI MAKA MUAFAKAT NASIONAL TIDAK MUSTAHIL AKAN TERSUNGKUR LAGI.
BANGUN WAHAI JENTERA MUAFAKAT NASIONAL.. JGN BERHENTI BERJUANG KERANA PRU 15 BELUM TAHU APAKAH KEPUTUSANNYA.. BERITAHU RAKYAT YG KELIRU AGAR TIDAK LAGI TERTIPU.
MANDAT RAKYAT - https://strawpoll.com/d8paxz62
https://www.facebook.com/100003552468177/posts/2729623720499350/
Artikel lain yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan :-
...HANYA ASBAB
TUN DR. MAHATHIR HANYA ASBAB
No comments:
Post a Comment