Arkib : 16 Mac 2020
Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa kita kena buat?
First.. Tenang.. Dan bertindak sewajarnya..
Lockdown ni terkurung sikit sahaja.. Bukan macam Palestin yang kena kurung, makanan dan perlindungan semua tak ada, ada musuh nak bom, tembak, rogol famili kita.
Kita just kena duduk rumah.. Still ada sumber air, makanan, elektrik, internet.. Hospital semua still running, just kena stay kat rumah sahaja.
Masih boleh beli makanan, cuma leceh sikitlah.. Tak boleh pergi shopping dengan geng ke apa. Beli barang kena seorang diri, siap mask dan sanitizer contohnya. Untuk kurangkan risiko.
Rasanya poslaju semua still beroperasi. Still boleh shopping online. Silap-silap foodpanda, grabfood, online grocery delivery segala macam still run macam biasa.
Jadi, jangan mengelabah shopping macam lepas ini tak boleh beli barang.. Sampai keropok, sabun, tisu diborongnya bertroli-troli.
Kalau beli barang itu, just beli barang macam biasa.. Just utamakan barang penting dan tahan lama.
Supaya.. jika berlakunya lockdown, tak perlu selalu keluar rumah.. Itu sahaja..
Ikutkan logik, beras sekampit tu pun kalau buat bubur hari-hari still boleh sahaja hidup tahan berbulan.
So jangan panik beli barang banyak-banyak.. Orang lain nak beli barang jugak.. Orang lain nak layan keropok jugak, ini keropok pun habis kena borong 😅
Kalau kena lockdown pun, still syurga dunia bagi orang Palestin, Syria, Rohingya..
So tenang.. Alert boleh, tapi jangan panic. Kalau diri kita dijangkiti virus pun still kena tenang. Jangan panic.
Kemudahan disediakan.. KKM dah sediakan saluran jika kita dijangkiti..
2-3% sahaja yang fatal bila dijangkiti coronavirus, selebihnya selamat dan badan jadi lebih kuat untuk menangani virus ini jika keluar semula.
Ajal maut ditangan tuhan. Cabaran hidup yang buatkan hidup kita bermakna. Bergantung pada bagaimana kita laluinya.
Ini kalau lockdown lah.. Sebaiknya tak lockdown, dengan syarat, masyarakat alert.. Kena saling ingat-mengingati.. Kita kena kuarantin diri sendiri.. Kalau pergi kerja, ambil langkah sewajarnya..
Kalau kenalan/keluarga kita buat tak tau, tegur dan ingatkan mereka. Barulah mantap masyarakat..
Virus ini bukan kita hadapi sorang-sorang. Semua lapisan masyarakat sampai pemerintah perlu bekerjasama.
Ok?
No comments:
Post a Comment