Arkib : 27 April 2020
Di manakah mereka ?
Daripada pelbagai sumber rasmi dan tidak rasmi, dijangkakan satu jumlah yang besar rakyat warga Tanah Besar China yang datang ke Malaysia dan tidak kembali pulang ke negara mereka.
Laporan Ketua Audit Negara 2018 menyatakan bahawa seramai 76,258 pelancong warga China tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia dan balik ke negara mereka di antara 2012-2016 (sahaja).
Ini tidak termasuk dengan 17,000 orang wanita warga China yang berkahwin dengan lelaki rakyat Malaysia yang tidak didaftarkan antara 2011-2015.
Ini tidak termasuk dengan puluhan atau ratusan ribu pekerja warga China yang bekerja di 70 buah projek mega milik syarikat gergasi China seperti ECRL, Malacca-Gateway, Forest City JB, Kuantan Port dan banyak lagi.
Ini tidak termasuk dengan ahli perniagaan warga China yang berniaga dan menetap di Malaysia setelah berjaya memiliki pasport dan kad pengenalan Malaysia.
Ini mungkin tidak termasuk di kalangan mereka bekerja di industri judi atas talian dan industri pelacuran.
Ramai yang ditahan di sana sini tidak boleh berbahasa kebangsaan. Ada yang ditangkap kerana memandu ketika mabuk dan menyebabkan kematian.
Ramai di kalangan mereka yang memiliki dokumen rasmi seperti pasport, kad pengenalan. sijil kelahiran, dan dokumen perjalanan. Mereka berpotensi menjadi pengundi yang memilih ADUN dan MP Malaysia.
Data dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapati bahawa warga luar negara yang paling ramai membeli rumah mewah di Malaysia atas projek M2H adalah warga Tanah Besar China.
Ini adalah fakta yang dibawakan daripada pelbagai sumber dan pernah beberapa kali dibentangkan.
Ini adalah realiti yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.
Usah dibiarkan negara ini terjual kelak !
Why are Chinese moving to Malaysia by the thousands? | South China Morning Post
https://www.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2080869/why-are-chinese-moving-malaysia-thousands
No comments:
Post a Comment