BAHASA MELAYU
Kata seorang pakar bahasa Bahasa Melayu ini antara bahasa yang paling mudah dipelajari dan dikuasai. Kenapa?
1. Bahasa Melayu tiada jantina. Sesetengah bahasa ada jantina. Ertinya jantan sebut lain, betina sebut lain. Contoh bahasa Thai, sawadeekap jantan, sawadeeka betina. Pondan aku tak tau. Tapi bahasa Melayu jantan atau betina sebut sama saja.
2. Bahasa Melayu tiada tenses. Contoh Bahasa Inggeris eat, eating, ate. Bahasa Melayu belum makan, tengah makan, sudah makan. Senang kan?
3. Bahasa Melayu tiada singular plural. Contoh bahasa Inggeris one car, two cars, many cars, one axe, two axes. Bahasa Melayu sebuah kereta, dua buah kereta, banyak buah kereta. Cuma bahasa Melayu ada penjodoh bilangan dan penjodoh bilangan ini kalau silap pun tidak mencacatkan. Di Mekah Arab sebut satu biji kopiah, berapa biji jubah mau? Biji pun biji la. Jangan sebut berapa ketoi jubah sudah. Ada juga trend sekarang tak sebut penjodoh bilangan dah. Dua kereta, tiga kereta, banyak kereta.
4. Bahasa Melayu sebutannya ikut ejaan. A sentiasa bunyi A, U sentiasa bunyi U. Tak seperti bBhasa Inggeris A kejap bunyi A, kejap bunyi AE dan kejap bunyi U. Contoh 'Car', 'Cat', 'Cut'. Hambik kau.
5. Huruf konsonan dalam Bahasa Melayu pun sangat berbeza dan mudah disebut. Tak seperti bahasa Arab yang ada Ha dan ha pedas, Kho dan Khaf dan lain-lain. Atau Bahasa Mandarin yang lenggok bunyinya saja membawa kelainan maksud. Bahasa Melayu tak dak pedas tak pedas. Yang pedas cuma sambal belacan.
Dah itu kenapa dari lahir sampai tua nak mampus duduk di Malaysia masih tak boleh berbahasa Melayu? Orang Bangla datang sini 3 bulan dah boleh berbahasa Melayu. Student saya dari Afrika selepas 1 semester dah boleh faham Bahasa Melayu, cuma ada telo (bukan telor) sikit.
Ke memang bencikan Bahasa Melayu? Kami pun tak suruh kau cintakan bahasa kami. Cuma kami suruh hormati Bahasa Melayu dan letakkan di tempat sewajarnya sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.
Kalau tak suka, pergilah cari negara lain yang tak ada Bahasa Melayu...
Prof Abdul Muati Ahmad
No comments:
Post a Comment