Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 2 June 2020

....ini bukanlah sebuah negara yang kaya

Arkib : 21 April 2020

Bismillah..

K I S A H  M A L A Y S I A..

Malaysia ini bukanlah sebuah negara yang kaya..

Tetapi, berbanggalah kita sebagai sebuah bangsa Malaysia, bersatu menghadapi wabak COVID-19. Sewaktu dunia luar yang kaya raya turut berperang dengan COVID-19, kisah Malaysia mesti diceritakan..

Ramai yang kekurangan bekalan alat pakaian perubatan yang dipanggil PPE. Rakyat Malaysia di IPT hasilkan dengan cepat guna 3D print, banduan penjara dan selebriti pereka fesyen menjahit untuk hospital..

Seluruh dunia menghadapi kekangan kewangan, termasuk Malaysia tetapi rakyat Malaysia dan syarikat swasta tetap tegar memberi sumbangan wang peribadi untuk menyokong usaha melawan COVID-19..

Tahukah anda ada golongan yang tidak mampu tetapi tetap sumbang walaupun hanya dengan RM2. Itulah Malaysia..

Kita tidak lupa rakyat yang terkandas di luar negara. Walaupun Malaysia tidak kaya raya dan tidak berpengaruh di dunia, kita berusaha untuk bawa pulang semua. Rakyat Malaysia dijaga. Dan tiada siapa yang marah. Tuhan sahaja yang tahu betapa banyaknya kos dan kesukaran membawa pulang mereka..

Dan bersyukur sangat-sangat, Pusat Kuarantin untuk COVID-19 kita pun lebih baik, bukan di sekolah seperti di India, bukan di kawasan tempat letak kereta seperti di USA. Kita selalu meletakkan diri kita kat tempat mereka yang tidak bernasib baik. Itulah budaya Malaysia..

Rakyat ramai yang tak dapat cari rezeki kerana tidak mampu bergerak hasil drpd PKP/MCO/RMO. Tanpa disuruh, NGO dan individu perseorangan keluar membantu orang miskin, jiran tetangga, gelandangan, peminta sedekah. Tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan. Ya, tanpa disuruh..

Kerajaan dengan pantas mengumumkan skim bantuan khas untuk merancakkan ekonomi, walaupun PKP belum berakhir. Kedai pun tak buka lagi. Bila banyak peniaga kecil mengeluh, bantuan untuk mereka juga diumumkan. Malaysia sanggup pinjam untuk merancakkan ekonomi dan pasti kita akan bayar semula..

Masa pertukaran kerajaan, kita masih tidak bergaduh bertumbuk berperang saudara. Kita cuma gaduh macam adik beradik. Kita hormati keputusan Yang Dipertuan Agung. Kita kekal aman. Tambahan, Agung dan Raja Permaisuri pun berkenan supaya Kerajaan Malaysia tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda Berdua selama 6 bulan. Gaji Perdana Menteri dan semua jemaah menteri juga dipotong selama 2 bulan yang kemudiannya disalurkan ke Tabung COVID-19 Malaysia..

Walaupun takdelah berpengaruh di dunia, di saat orang lain mengeluh, susah dapat bekalan luar, Malaysia reda dan guna diplomasi untuk dapatkan bantuan, seberapa yang boleh. Kerana kita Malaysia, berbaik dengan semua negara. Ya kita memang baik dengan negara luar..

Yang biasa travel mesti rasa kebanyakan negara luar sangat hormat dan suka bila kita sebut kita dari Malaysia. Masa kita susah ni, banyak negara bantu kita, China, Palestin, dan banyak negara lain macam-macam bagi. Di Syria, di Bangladesh, mereka juga mendoakan kita..

Dan Malaysia tetap aman, walaupun yang alim tak dapat lagi pergi ke masjid, tokong, kuil, gereja, dan gurdwara. Rugi. Tak dapat buka kedai dan warung. Serabut. Pelajar IPT tak dapat balik kuliah. Tidak apa. Kita aman dan tidak berbalah. Kita hidup dengan apa yang kita ada. Demi negara..

Yes. Malaysia can do better. Tapi kita juga telah melakukan sesuatu yang sangat baik. Bukan kerajaan tapi seluruh rakyat Malaysia. Bila kita melancong dengan happy, macam-macam kita compare dengan negara lain. Sekarang dunia dilanda masalah, sekarang kita lebih kenal siapa Malaysia..

Berbangga menjadi rakyat Malaysia
Tanah tumpahnya darahku..

Tulisan asal..
Kitalah semua..
Rakyat Malaysia..

Wallahu a'lam..
Kita mesti menang..
In shaa Allah dengan izin..

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...