Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 9 June 2020

"Benarkan saya bercakap..."

“Benarkan saya bercakap yang benar, tiada yang tidak benar, melainkan yang benar".

Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setiakawan orang Melayu adalah sesuatu yang benar.
Hal ini benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.
Kalau ada pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu, demi menjaga hati dan perasaan orang Cina, terpulanglah, tetapi bagi orang Melayu pantang larangnya - jangan khianati orang Melayu.
Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati dia akan membalas, dan bila dia membalas, dendam kesumatnya tidak akan berkesudahan.
Saya menyeru orang Melayu untuk berjihad memperkasakan Perlembagaan dan tidak harus ada sesiapa yang menentangnya oleh kerana Perlembagaan itu bertujuan (diwujudkan) untuk semua masyarakat di Malaysia.
Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah menghapuskan istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Hal ini sudah dipancakkan dalam otak kita sejak Merdeka.
Maka bila ada istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain, bermakna pertama, kita mengiktiraf Cina dan India. Kedua kita menerima susun atur keutamaannya begitu cara.
Adakah kita hendak letakkan lain-lain itu sebagai merujuk kepada bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak?
Adakah mereka diletakkan pada taraf tercorot selepas orang Melayu, Cina, India dan baru dikatakan bumiputera Sabah-Sarawak? Salah begitu.
Jadi saya menyeru, istilah yang memecah - belahkan kaum, istilah perkauman ini hendaklah kita hapuskan kerana dalam Perlembagaan tiada sepatahpun yang menyebut Cina, orang Cina, India, orang India, Malaysian Chinese, Malaysian Indian, tidak ada langsung.
Jadi, kenapa kita mengiktiraf sesuatu yang tidak ada?
Izinkan saya menghuraikan apa yang ada.
Dalam Perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat, bukan kaum, bukan bangsa :
Pertama, orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa sahaja hendak dibuat oleh undang-undang bagi kemajuan, baik keharmonian kebaikan, serba serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang. Siapakah orang asli? Mereka adalah aborigine of Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini adalah sepupu orang Melayu.
Kedua, yang diiktiraf Perlembagaan ialah orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu, berbudaya Melayu, dan lahir di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Merdeka. Termasuk (dalam kategori ini) salah seorang daripadanya ialah orang Melayu, yang satu lagi tidak, tetapi kawin dengan orang Melayu, anaknya Melayu seperti orang Arab berkahwin dengan orang Melayu, orang India berkahwin dengan orang Melayu, orang Cina berkahwin dengan orang Melayu, sesiapa sahaja berkahwin dengan orang Melayu, anaknya itu Melayu Nusantara.
Ketiga, Bumiputera-Bumiputera Sabah adalah anak-cucu kepada masyarakat peribumi Sabah. Sarawak pula begitu juga cuma terhad anak kepada perkahwinan sesama mereka, kahwin campur bukan peribumi Sarawak, bukan diktiraf sebagai peribumi Sarawak. Jadi jelas orang Asli sepupu kita, bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita.
Keempat, selain daripada ketiga-tiga kategori itu adalah ‘jiran tetangga’ semata-mata. Oleh kerana mereka telah menumpang di negeri ini dahulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan kepada dia, akhirnya kita berikan kerakyatan sampaikan kaya-raya. Maka istilah pengkhianat itu adalah pantang-larang orang Melayu.
Menurut Perlembagaan, sepatutnya negara kita ini hanya ada satu aliran sekolah sahaja.
Sepatutnya kita hapuskan ‘sekolah jenis kebangsaan’.
Saya gunakan istilah ‘hapuskan’ kerana Perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah ‘jenis kebangsaan’ kerana adanya ‘sekolah kebangsaan’, adanya ‘sekolah jenis kebangsaan’, adanya ‘sekolah jenis kebangsaan Cina’ adanya ‘sekolah jenis kebangsaan India (Tamil)’, swasta, ia memecah-belahkan rakyat.
Apakah bentuk satu aliran pelajaran?
Kalau zaman Inggeris dulu ada Government English School, sepatutnya sekarang ada ‘sekolah rendah kerajaan’, ‘sekolah menengah kerajaan’, Tingkatan 1 - Tingkatan 5, dan dua tahun pra-universiti. Itu sahaja sepatutnya sekolah yang ada.
Jadi ‘sekolah jenis kebangsaan Cina’, India yang ada sekarang ini, kita ubah kepada ‘sekolah kerajaan’ - ‘sekolah rendah kerajaan’ dan ‘sekolah menengah kerajaan’.
Di sana semua pelajar belajar dalam satu bilik darjah, makan-minum dalam satu kantin dan bermain bersukan di padang dan gelanggang yang sama.
Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional.
Kalau ada yang tidak setuju, mereka itu adalah anti-perpaduan.
Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar menurut Perlembagaan?
Patutnya apa yang saya katakan ini disokong bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi bagi seluruh masyarakat Malaysia.
Wahai saudara-saudara, kalau saudara berteriak ‘betul’ maka kita harus berjihad memperkasakan Perlembagaan.
Seandainya ada suara-suara yang membantah, maka dapatkan perintah mahkamah bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India (Tamil) itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.
Tentunya ada peguam di sini, dan pihak peguam boleh mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan, lima Panel Hakim di sana, menyatakan bahawa pertama, dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, India ini tiada peruntukan dalam perlembagaan.”

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...