Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 9 June 2020

Jangan amal lagi politik...

Jangan amal lagi politik bodoh, bebal

Arkib : March 6, 2020

TINGGALKAN segera politik bodoh dan bebal ini jika sayangkan agama, bangsa dan negara. Kalau susah sangat nak belajar daripada politik Islam pada zaman Baginda Rasulullah S.A.W yang penuh dengan hikmah, sekurang-kurangnya tengoklah politik Cina. Lihat bagaimana Cina berpolitik, menjaga bangsanya.

Lihat bagaimana ultra kiasu tidak kira parti apa, bersatu hati, bila isu Pendidikan Cina seperti SJKC dan UEC. Tanpa berbelah bahagi, mereka bersatu. Belum apa-apa lagi Dong Zong sudah mahu bertemu dengan PM yang baharu untuk bincang isu pengiktirafan UEC. Saya dah kata dahulu, mengiktiraf UEC sama seperti mengiktiraf Komunis.

Kita bukan sahaja bercakap soal pendidikan, tetapi lebih daripada itu. Kita ada tanggungjawab yang lebih besar, menjaga agama, selain negara dan bangsa. Tak ada gunanya, jadi jawatan nombor satu berada di tangan orang Islam, sedangkan agama Islam itu sendiri tidak berada di tempat selayaknya. Malah diperlekeh, menjadi bahan hinaan dan cacian.

Justeru, siapa pun menjadi PM dan memerintah, asalkan dapat menjaga Islam, sokonglah. Dunia, kuasa dan harta hanya sementara. Bukan boleh bawa mati. Tiba masa, kita tinggalkan semua. Hindarkan tabiat melaga-lagakan, tikam menikam, tikam belakang sesama kita. Semua kita ini bersaudara, tidak kira apa jua bangsa dan latar belakang.

Sebab itu, jangan terlampau berkira. Asalkan berada dalam ruang lingkup adil, berlebih kuranglah. Saya sangat teruja kepada pandangan Presiden PAS. Serahkan kepada budi bicara PM untuk menentukan barisan Kabinetnya. Yang penting, Islam berdaulat dan dimartabatkan.

Sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) menjadi PM, macam-macam yang kita dengar. Ada yang kata PPBM akan dikuasai oleh Umno begitu juga sebaliknya. PAS akan dipinggirkan sekali lagi mengambil kira iktibar Kerajaan Campuran bersama BN 1972-1978. Pendek kata, macam-macamlah yang kita dengar untuk memecahkan kembali umat Islam ini.

Tak akan tidak lagi ambil iktibar. Asalkan bukan ultra kiasu berkuasa dan memerintah, berlebih kuranglah. Apa yang penting, agama Islam, maruah Melayu, bahasa Melayu, Raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera dan berkaitan terjaga dan terpelihara.

Kesilapan dan kehancuran yang paling besar adalah apabila ultra kiasu dibiarkan bermaharajalela sehingga tergadai maruah agama, bangsa dan negara.

Hari ini, ultra kiasu berjaya ‘dibenamkan’ buat seketika. Sudah pasti ultra kiasu sedang merancang untuk bangkit semula. Ultra kiasu tidak pernah kenal erti putus asa. Selagi parti dan NGO mereka tidak haramkan, selagi itulah, mereka tidak akan putus-putus untuk menjahanamkan kita.

Justeru, sementara mereka sedang merancang untuk kembali semula, ambillah peluang ini sebaik-baiknya untuk tenggelamkan mereka setelah berjaya membenam mereka. Perkuatkan saf. Kita tidak punya banyak masa lagi sehingga Mei 2020, Parlimen yang ditangguhkan akan bersidang.

Apa saya dapat cadangkan adalah ;

Pertama, tinggalkan dan buang jauh-jauh politik bebal dan bodoh. Sokong PM yang baharu tanpa berbelah bahagi, selagi mana beliau berada di landasan yang betul dalam menjaga agama, bangsa dan negara.

Kedua, haramkan segera parti politik dan NGO ultra kiasu. Bukti-bukti telah ada menunjukkan betapa rasisnya pertubuhan ini. Sebelum ini pun, NGO rasis pendidikan mereka telah diberikan amaran demi amaran, tetapi tidak ada tindakan tegas dikenakan. Rujuk pautan ini; https://www.sinarharian.com.my/article/42823/BERITA/Nasional/Tun-M-kecam-Dong-Zong-sindir-DAP

Ketiga, jika MCA, masih berkeras mempertahankan UEC, jangan masukkan mereka dalam barisan pembentukan Kabinet yang baharu. Lantik, Cina dalam kalangan profesional yang boleh menjaga kepentingan orang Cina secara keseluruhan. Barisan Kabinet yang baharu perlu kukuh. Jangan simpan gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

Keempat, lantik seorang Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan Bumiputera, sama ada Sabah atau Sarawak.

Cukuplah, seorang Perdana Menteri daripada Semenanjung, Timbalannya biarlah daripada Sabah atau Sarawak. Bumiputera Sabah Sarawak jauh lebih layak, bukannya ultra kiasu.

Kelima, mereka yang mahu turun ke jalanan, berdemonstrasi, sebagai protes kepada kerajaan dan Kabinet baharu, mesti diambil tindakan tegas dan disumbat ke dalam penjara.

Keenam, kepada mereka yang akan dilantik memegang jawatan dalam Kabinet, ingatan saya, jangan bawa perangai Umno yang lama. Berubahlah. Ambil iktibar dan pengajaran.

Saya sentiasa bersangka baik terhadap pimpinan Umno, dan bekas pimpinan mereka, atas alasan, manusia ini boleh berubah, boleh mengambil pengajaran.

Percayalah jika kamu masih lagi tidak berubah, tetap dengan perangai lama, mengamalkan rasuah dan kroni, maka tunggulah kehancurannya. Label kleptokrat yang diberikan ultra kiasu, buangkanlah jauh-jauh.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
6/3/2020

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...