Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 9 June 2020

...bermula esok

Tiada lagi penjarakan sosial dalam LRT, MRT, monorel bermula esok - Rapid Rail

KUALA LUMPUR: Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan pihaknya menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen bermula Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata, langkah itu sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkaitan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, SOP itu membenarkan kapasiti 100 peratus penumpang dalam semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.

Tambahnya, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel juga akan beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Bermula 10 Jun 2020 di bawah PKPP, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

“Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan. Namun demikian, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.

“Rapid Rail menyeru dan berharap semua pengguna mendisiplinkan diri untuk mematuhi normal baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih kita mencegah penularan COVID-19 terus berkesan,” katanya.

Beliau berkata, antara prosedur keselamatan dan kesihatan untuk penumpang adalah pemeriksaan suhu badan dan sekiranya melebihi 37.5 darjah Celsius, mereka tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam. Kami juga akan akan menggunakan cecair pembasmi kuman (pensanitasi tangan).

“Penggunaan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go adalah digalakkan. Selain itu, penumpang juga digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera serta mengimbas kod QR selain menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di kawasan stesen,” katanya.

Kata Abdul Hadi lagi, Rapid Rail dijangka mampu meningkatkan kembali jumlah keseluruhan penumpang kepada 750,000 sehari berbanding di bawah 200,000 sehari ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

“Kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen-stesen serta di dalam tren akan diteruskan secara gigih seperti masa-masa lepas.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua para penumpang Rapid KL atas kerjasama dan perhatian baik mereka,” katanya.


==========================😎

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...